Voice of Baceprot (VOB) bakal menjadi antara kumpulan muzik yang akan melakukan persembahan di F1 GP Singapura 2024 yang bakal berlangsung pada September ini.
Kumpulan Heavy Metal berhijab asal Indonesia itu mencipta sejarah apabila tersenarai dalam barisan artis antarabangsa seperti Kylie Minogue, One Republic, Thirty Seconds To Mars dan Lenny Kravitz
Dibarisi oleh tiga gadis berhijab iaitu Firda Marsya Kurnia, Euis Siti Aisyah dan Widi Rahmawati, Kumpulan itu dijangka bakal melakukan persembahan pada 20 September 2024 di Zone 4 Downtown stage.
Ditubuhkan sejak 2014, VOB membuktikan bahawa hijab dan genre heavy metal bukanlah dua perkara yang tidak boleh bersatu.
Menarik tentang trio ini, mereka mula-mula bertemu ketika sama-sama belajar di Madrasah Tsanawiyah, Singajaya. Ketika itu mereka dilabel sebagai pelajar bermasalah yang memerlukan bantuan.
BACA JUGA: Gara-Gara Tolak Hadiri Parti, Shah Rukh Khan Hadiahkan Motosikal Kepada John Abraham
Kemudian salah seorang guru membimbing mereka untuk menyalurkan ‘energi’ yang mereka miliki ke dalam medium muzik. Bermula dari detik itu VOB menjadi sebuah kumpulan muzik heavy metal.
Imbas kembali, mereka sebelum ini mereka mencapai populariti dalam kalangan peminat antarabangsa apabila diundang untuk melakukan persembahan di pentas Glastonbury Festival yang merupakan antara festival muzik terbesar di Eropah.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI