“Kumpulan Solehah Kalau Ada Show Kitaorang Ponteng,”- Pernah Sertai Perarakan Merdeka, Datin Seri Shahida Throwback Zaman Sekolah

Share

Isteri kepada usahawan, Datuk Sri Aliff Syukri iaitu Datin Sri Shahida meluahkan rasa rindu selepas terkenang kembali momen indah sewaktu di bangku sekolah.

Menurutnya, andai dapat diputarkan kembali masa, dia mahu kembali semua ke alam persekolahan kerana pada ketika itu komitmennya lebih tertumpu kepada karier nasyidnya bersama kumpulan Solehah.

“Malam tadi saya mimpi pula saya kembali ke sekolah. Panjang betul kisah dia tapi, Ya Allah seronoknya sampai bangun tidur pun duk senyum-senyum lagi.

“Ini la realiti zaman sekolah, zaman remaja dan kanak-kanak adalah sangat menyeronokkan. Andai masa boleh diputarkan, saya nak pergi sekolah tiap hari. Maklumla dulu kumpulan solehah kalau ada show je kita orang ponteng sekolah.

“Dulu sekolah rendah saya sekolah di SK Seri Perak, sekolah ni unik sebab bawah flat 17 tingkat, tapi sekarang mereka dah ada bangunan sendiri tapi bukan kat Perak tau sekolah tu ,kat sentul je,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Datin Sri Shahida menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak ini turut mendedahkan bahawa dia amat menggemari aktiviti sukan sewaktu di sekolah.

“Zaman dulu pergi sekolah jalan kaki tau, sekolah tadika dah jalan kaki lebih kirang 1 km. Zaman sekarang tak berani tau nak bagi anak keluar jalan kaki sendiri.

“Masuk sekolah menengah baru merasa duduk sekolah ada bangunan sendiri, di SMK Bandar Baru Sentul. Nak kata pandai sekolah tu tidakla,sederhana je.

“Tapi saya memang suka kalau bab sukan-sukan ni. Bak kata mak saya ‘kalau nak mengelinjang sebelum subuh dan celik biji mata’. Siapa mak dia dulu-dulu pun suka bebel mcm tu?,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut memuji wajah muda Datin Sri Shahida.

Sumber; Instagram Datin Seri Shahida

Published by
Aizam Manaf