“Kunfayakun, Assalamualaikum Sayang,” – Video TikTok Fatin Afeefa Lerai Teka Teki, Peminat Puji Tak Show Off Bercinta

Share

Meleraikan teka-teki, pelakon cantik Fatin Afeefa akhirnya berkongsi video majlis hari bahagianya bersama lelaki pilihan hati, Aliff Awang di TikTok, malam tadi.

Difahamkan, pasangan sama cantik sama padan itu selamat diijabkabulkan di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor, kira-kira jam 8.40 malam dengan sekali lafaz.

Menerusi video terbabit, ia merakamkan perjalanan pasangan mempelai sebelum disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Turut kelihatan di dalam video berkenaan ialah dua permata hatinya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

“Kunfayakun. Assalamualaikum sayang,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Hantaran yang kini sudah ditonton lebih sejuta kali itu turut menyaksikan ada yang memuji keputusan bintang ini yang tidak terlalu menghebohkan soal kisah cinta sebelum selamat disatukan.

Malah tak kurang yang turut memberikan dedikasi ucapan tahniah buat si raja sehari.

@fatinafeefa8Kunfayakun. Assalamualaikum sayang ♡

♬ suara asli – justme

“Diam-diam macam ni, tak show off bercinta dengan siapa-siapa, tahu-tahu kahwin. I akan buat benda yang sama. Congrats and happy for you!”

“Tahniah awk, cantik sangat. Semoga bahagia hingga ke jannah.”

“Wehh bukan senang dugaan dia.”

“Dia layak untuk bahagia.”

“Lepas tengok you, betul orang kata. Bahagia itu akan ada walau besar mana dugaan.

“Alhamdulillah congrats Fatin, cantiknya.”

“Tahniah semoga berkekalan bersama King Opai. Hingga akhir hayat.”

“Semoga kebahagiaan selamanya untuk awak.”

Terdahulu, gembira itu turut dikongsikan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang bertindak mencantikkan pengantin perempuan.

“Fatin Afeefa, congrats dear!” tulis Alha secara ringkas menerusi video dirinya sedang menyiapkan Fatin yang memakai busana pengantin serba putih.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

Published by
MH