Nama pelakon Ain Edruce semakin mendapat perhatian peminat atas keberkesanannya dalam melakonkan watak antagonis menerusi drama bersiri Camelia dipuji ramai.
Malah, ramai yang mulai ‘benci’ dengan sikapnya yang sarat kepura-puraan menerusi watak yang dijayakan.
Drama rantaian 15 episod ini merupakan sebuah drama berkisahkan tentang sebuah keluarga yang menetap di kampung dan mengalami masalah konflik kekeluargaan.
Menerusi Camelia, Ain memegang watak sebagai Marina yang bersikap pemarah dan bersifat hasad dengki terhadap kakaknya, Mariam yang dilakonkan Datin Diana Danielle.
Ads
“Sibuk nya lah orang tua ni.. chill lah. Malam masih muda. Malam ni pukul 10 malam di @tv3malaysia @dramasangat #camelia #marina,” tulisnya menerusi satu entri bagi mempromosikan drama berkenaan.
Lalu, lakonan hebat Ain mendapat pujian daripada penonton kerana telah berjaya melakonkan watak Marina dalam drama berkenaan, sebagaimana yang ditulis peminatnya di ruangan komen.
Ads
Selain Datin Diana dan Ain, antara pelakon lain yang turut terlibat dalam drama ini ialah Saharul Ridzuwan, Hafidz Roshdi, Lisdawati, Zarina Zainuddin, Aidil Aziz dan ramai lagi.
Drama rantaian ini ditayangkan di slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran TV3.
Video: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga adik kepada Syatilla Melvin, Syida yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 20 Februari lalu.
Berkongsi berita gembira dan penuh syukur itu menerusi Instagram, Syida atau nama sebenarnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin,23, ini menjelaskan, puterinya itu dilahirkan dengan berat 3.47 kilogram tepat jam 3.56 petang.
Dia yang kini turut bergelar usahawan itu juga turut berkongsi nama anak sulungnya itu.
“Alhamdulillah, MashaAllah MashaAllah. Terima kasih pada yang mendoakan.
“Kebetulan sangat-sangat yang due date Safeera memang harini, date santekkk hehe!
“Ibu & daddy nikah 19.1.19, babygirl keluar at 20.2.20.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah,” tulisnya yang turut merancang untuk berkongsi cerita mengenai proses bersalin bersama para pengikutnya di media sosial.
Untuk rekod, Syida dan suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 31, yang juga anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid mendirikan rumah tangga pada 19 Januari tahun lalu di Pulau Pinang.
Foto: Instagram Syida Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pencetus Ummah Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman menjelaskan kempen membeli barangan Muslim tidak mempunyai kaitan dengan isu boikot kerana apa yang perlu ditekankan ialah memilih barangan yang halal, buat pengguna Islam.
Malah katanya kepada MH, adalah penting buat seseorang Muslim untuk guna atau pilih barangan yang baik dan halal demi kerana ia turut dijelaskan di dalam al-Quran.
“Beli barang-barang Muslim ini kita tidak ada unsur-unsur untuk memboikot atau menjatuhkan mana-mana pihak. Kemudian, yang saya setuju untuk diterangkan ialah ‘buy halal first (bhf).
“Sebab dalam al-Quran pun ada menyebut antara yang bermaksud, makan dan minumlah apa yang benda daripada yang halal dan baik.
“Jadi fokusnya di sini ialah, barangan itu mestilah halal dan baik (untuk kesihatan). Ada barangan yang halal tapi tak elok dari sudut kesihatan. Ada juga yang tak halal tapi untuk kesihatan bagus.
“Maknanya dua perkara tersebut perlu dibezakan. Akan tetapi ‘bhf’ itu salah satu hal yang baik,” katanya.
PU Azman terdahulu ditemui pada majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Ubat Gigi Aura White Bersama Guardian di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.
Turut sama terlibat dalam sesi berkenaan ialah dua duta lainnya, Fasha Sandha dan Izzue Islam.
Pada masa sama, PU Azman turut menjelaskan memberus gigi adalah perbuatan sunnah yang baik.
“Di samping membersihkan gigi itu, ia salah satu amalan sunnah, perbuatan yang baik yang turut diamalkan Nabi,” jelasnya lagi.
Ubat Gigi Aura White didatangkan dengan tiga variasi eksklusif iaitu Aura white Whithening Hd Bright (RM16.90), Aura white Coconut Charcoal (RM15.90) dan Aura white Kayu Sugi Premium Toothpaste (RM10.90)
Ketiga-tiga variasi ubat gigi ini yang mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh didapati di Guardian seluruh Malaysia.
Majlis turut dihadiri pengasas Aura White, Datin Furyna Azmeer dan Datuk Saiful Safwan.
Foto: Terima Kasih Aura White
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, industri hiburan tanah air kecoh apabila beberapa pasangan artis yang mengambil keputusan untuk bercerai dan mengakhiri bahtera perkahwinan mereka meski jika dilihat pada mata kasar seperti bahagia dan tidak mempunyai sebarang pergolakkan.
Antara artis yang nekad untuk melabuhkan tirai bahtera rumah tangga mereka adalah Alif Aziz, Bella Astillah, Nora Danish, Irma Hasmie, Erynne Erynna, Emma Maembong dan yang terbaharu pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura yang menggamatkan dunia seni semalam (7 Oktober 2024)
Sehubungan itu, MH terpanggil untuk mendapatkan sudut pandang rakan artis, bekas pengacara, model hijab yang juga usahawanita tudung berjaya, Ameera Zaini yang mengutarakan pendapatnya tentang isu penceraian antara artis yang boleh diibaratkan bak ‘Cendawan tumbuh selepas hujan’ ini.
Tak Berani Nak Komen Lebih Pasal Isu Penceraian Rakan Artis – Ameera Zaini
Ketika ditemui MH, pada majlis pelancaran butik Ameera Zaini terbaharu yang mengetengahkan konsep ‘Butik Cafe’ di Aeon Mall, Shah Alam di bawah jenama Ameera Zaini. Ini respon yang diberikan Ameera ketika mengulas berkaitan isu penceraian dan musibah perkahwinan yang melanda rakan artis.
Menurut Ameera, dia bukanlah orang yang layak untuk memberi pandangan berhubung isu ini, memandangkan bahtera perkahwinan yang dilayarinya kini masih hijau, apabila meniti tahun kesembilan bersama suami tercinta, Hasnoor Rozaini.
“Okay bercakap pasal masalah rumah tangga ni. Meera rasa setiap orang setiap pasangan setiap individu diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Jadi Meera tak berani nak komen lebih pasal tu,” Katanya.
Ameera Zaini Dedah Kunci ‘Kebahagiaan’ Dalam Perkahwinan
Bagaimanapun, ketika ditanya bagaimanakah dia mengemudi bahtera rumahtangga yang dimiliki agar kekal bertahan hingga ke hari ini, Meera mendedahkan hanya satu tips yang diamalkan dirinya bersama suami.
“Tapi apa yang Meera boleh katakan menurut sudut pandang Mira, apa yang membuatkan my marriage life still bertahan sampai sekarang.
“Walaupun Mira baru je berkahwin selama sembilan tahun, nak kata Meera dah lama berumah tangga pun tidak. Tapi nak kata terlalu baru pun tidak. Tapi apa yang Mira buat sepanjang melayari bahtera perkahwinan adalah sentiasa komunikasi.
“Communication is the key. Kalau you happy you communicate, kalau you tak happy you communicate as well. Kalau you rasa selesa you communicate, dan jika tak selesa you communicate.
“Komunikasi ni memang penting dalam perkahwinan, sentiasa berkomunikasi kalau ada apa-apa jangan pendam. Sebab ini memang tak bagus untuk kesihatan rumah tangga kita sebenarnya,” ujarnya.
Untuk rekod, Ameera Zaini menamatkan zaman bujang pada 20 September 2015. Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun itu, rumah tangga pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang putera, Mateen dan Daniel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.