Nama pelakon Ain Edruce semakin mendapat perhatian peminat atas keberkesanannya dalam melakonkan watak antagonis menerusi drama bersiri Camelia dipuji ramai.

Malah, ramai yang mulai ‘benci’ dengan sikapnya yang sarat kepura-puraan menerusi watak yang dijayakan.

Drama rantaian 15 episod ini merupakan sebuah drama berkisahkan tentang sebuah keluarga yang menetap di kampung dan mengalami masalah konflik kekeluargaan.

Menerusi Camelia, Ain memegang watak sebagai Marina yang bersikap pemarah dan bersifat hasad dengki terhadap kakaknya, Mariam yang dilakonkan Datin Diana Danielle.

“Sibuk nya lah orang tua ni.. chill lah. Malam masih muda. Malam ni pukul 10 malam di @tv3malaysia @dramasangat #camelia #marina,” tulisnya menerusi satu entri bagi mempromosikan drama berkenaan.

Lalu, lakonan hebat Ain mendapat pujian daripada penonton kerana telah berjaya melakonkan watak Marina dalam drama berkenaan, sebagaimana yang ditulis peminatnya di ruangan komen.

Selain Datin Diana dan Ain, antara pelakon lain yang turut terlibat dalam drama ini ialah Saharul Ridzuwan, Hafidz Roshdi, Lisdawati, Zarina Zainuddin, Aidil Aziz dan ramai lagi.

Drama rantaian ini ditayangkan di slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran TV3.

Video: Instagram Ain Edruce