Pelakon dan usahawan, Fikry Ibrahim kini mengambil satu menapak satu lagi langkah dalam mengembangkan lagi kerjayanya dalam bidang perniagaan.

Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim telah melancarkan aplikasi digital terbaru, Go Eat.

Menurut pelakon berusia 25 tahun ini, aplikasi Go Eat merupakan sebuah aplikasi servis penghantaran makanan secara dalam talian.


“Ini merupakan satu aplikasi servis penghantaran makanan pertama dibangunkan oleh 100% buatan Malaysia.

“Aplikasi ini selain berfungsi untuk mengembangkan dunia perniagaan makanan, ia juga dapat memberi sehingga 10,000 peluang pekerjaan.

Ads

“Sehingga ke hari ini, kita sudah memiliki hampir 5,000 ‘rider’ yang berdaftar dengan aplikasi Go Eat,” katanya.

Selain itu, Fikry menjelaskan aplikasi ni dicipta atas dasar untuk membantu peniaga luar bandar atau ‘home-cook’ untuk mengembangkan lagi pasaran jualan kepada penguna.

“Saya kurang bersetuju kalau orang kata orang kita malas, cuma kita tak diberi peluang sahaja.

Ads

“Idea saya untuk cipta aplikasi ini sebenarnya untuk bantu peniaga ‘home-cook’ dan peniaga luar bandar atau di kawasan kampung.

“Saya sebenarnya kesian tengok perniagaan mereka sebab mereka tiada alternatif lain untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Jadi dengan adanya aplikasi, sedikit sebanyak dapat membantu peniaga luar bandar untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka,” jelas Fikry optimis.

Ads

Di samping itu, Fikry selaku ‘Co-Founder’ aplikasi berkenaan turut meletakkan sasaran untuk mencapai target 1 juta pengguna dalam tempoh setahun beroperasi.

Fikry ditemui MH di majlis pelancaran aplikasi Go Eat yang berlangsung Damansara Perfoming Art Centre (DPAC), pada Sabtu.

Sekadar informasi, aplikasi berkenaan sudah pun boleh dimuat turun menerusi platform Apple Appstore dan Google Playstore.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI