Kebelakangan ini, pelakon, Adam Corrie sering kali dilihat berkongsikan pengalamannya sewaktu manjalankan proses bagi mengislamkan para saudara baru menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terkini di platform yang sama, Corrie mendedahkan dirinya ada menerima mesej peribadi daripada seorang individu yang dilihat kurang senang dengan perkongsiannya selama ini.
Malah, individu tersebut turut bertindak mencabar Corrie untuk meyakinkannya memeluk agama Islam.
Tidak melatah, Corrie sebaliknya mendedahkan perkongsiannya selama ini bukanlah bertujuan untuk bangga diri, sebaliknya dia sebenarnya hanya sekadar ingin membantu mereka yang benar-benar yang ingin bergelar Muslim.
Menurut pelakon filem, KL Gangster ini lagi, dia sebenarnya tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk memeluk agama Islam kerana segala terjadi adalah dengan kerelaan hati mereka sendiri.
“Ini bukan luahan hati. Ini untuk pengetahuan secara umum yang berniat untuk kembali kepada fitrah. Cara-cara untuk syahadah. Ramai yang malu-malu nak bertanya.
“Tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah. Semua terpulang kepada empunya diri. Hidayah itu milik Allah. Saya hanya boleh menceritakan keindahan Islam. Itu sahaja.
Ads
“Ada yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh syahadahkan ramai orang. Kebanyakan yang saya syahadahkan adalah orang yang saya tak kenal. Tak pernah jumpa. Mereka yang datang jumpa saya, DM/PM saya menyatakan hasrat untuk syahadah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Corrie turut memaklumkan dia juga akan menyelidik terlebih dahulu latar belakang para saudara baru sebelum bersetuju untuk mengajar mereka untuk mengucapkam syahadah.
“Ketika hari saya hendak syahadahkan mereka. Memang menjadi perkara yang wajib saya bertanya. 1. Kenapa ingin memeluk Islam? 2. Bertanya latar belakang mereka. 3. Adakah sebarang paksaan dari sesiapa untuk memeluk Islam?
“Jika tiada sebarang paksaan baru saya akan memimpin mereka syahadah.
Jika ada yang seseorang memaksa memeluk Islam itu adalah perkara yang tidak bermoral,” kongsinya lagi.
Ads
Dikesempatan itu, Corrie turut menjelaskan Islam tidak pernah mengenakan sebarang bayaran buat mereka yang terdetik hati untuk memeluk agama tersebut.
“Ada yang bertanya perlu bayaran ke nak masuk Islam? Tiada bayaran . Hanya bawa diri dan hati yang tulus cintakan Islam itu sahaja.
“Untuk pendaftaran Islam hanya ambil gambar 2 keping dan salinan kad pengenalan. Itu sahaja,” akhirnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Corrie untuk mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.
Ads
“Inilah ujian yang akan dihadapi dalam berdakwah. Teruskan Adam. Allah janji syurga. Dunia ini hanya setitis dunia yang dicelup jari.
“Semoga tabah dalam menghadapi ujian Adam.
“Alhamdulillah, perjuangan yang tulus.
“Islam itu indah dan mudah. Hanya yang memahami dapat rasai nikmat Islam itu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada 2008.
Sumber: Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan pelakon sama cantik sama padan, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian peminat.
Azwan atau nama sebenarnya Mohamad Al-Azwan Kombos ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Azwan telah mengimbau kembali kenangan ketika dia melangsungkan majlis pernikahan bersama isteri tercinta.
Di samping itu, bintang filem Juvana 3 itu sempat menitipkan kata-kata ucapan yang sangat romatis kepada Ezzaty dalam rakaman video tersebut.
“Happy anniversary to my wife untuk tahun yg ke-3. Semoga tahun2 ini akan sentiasa bertambah di masa2 akan datang.
“Sorry tahun ni xda hadiah best2 pun, job tak kencang sgt, in shaa Allah tahun depan i kasi 2 hadiah sekaligus. Love you @ezzatyabdullah #aeffection,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat juga turut memberikan kata-kata ucapan kepada pasangan romatis ini.
Terdahulu, Azwan telah sah bergelar suami kepada Ezzaty pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dahlia pada 7 Disember 2017.
Usahawan dan pelakon, Aeril Zafrel Aeril mengulas mengenai perkembangan pembinaan masjid yang diimpilan bersama isteri Wawa Zainal yang masih belum berjalan.
Pernah menyuarakan hasrat untuk membina sebuah masjid di tanah kelahirannya di Rengit, Johor selelum ini, Aeril bagaimanapun reda dengan prosedur pembinaan yang mengambil masa lama.
“Saya nak jawab pasal bina masjid ini pun segan sebab perancangannya terlalu lama. Kami takut orang anggap kami hanya ‘gebang’, tapi bukan kuasa kami sebenarnya. Semuanya harus mengikut prosedur.
“Kami dah lama nak bina masjid. Tapi prosedur nak bina masjid di Johor saya difahamkan berbeza dan agak rumit. Kami memang sudah sedia dengan kos kewangan untuk pembinaan masjid itu.
“Sebenarnya, kami boleh sahaja nak teruskan tanpa ikut prosedur tetapi ia tidak akan mendapat ‘gelaran’ masjid. Mungkin ia akan menjadi surau,” katanya yang turut diakui Wawa.
Pasangan pelakon ini mula berhasrat untuk membinamasjid sejak Julai 2020, selain dana pembinaannya yang bernilai jutaan ringgit adalah hasil keuntungan koleksi Muslim Bukhari yang dikeluarkan oleh Wawa Cosmetics.
Aeril pada masa sama rasa kesal apabila pertemuan mereka dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah dipolitikkan sesetengah pihak, baru-baru ini.
“Saya berjumpa dengan beliau kerana dia merupakan wakil untuk kawasan terbabit. Tak kisahlah parti mana yang menang pun di kawasan sana, kita kena berjumpa juga sebagai rasa hormat.
“Bila ia dipolitikkan, saya rasa tak perlu sebab kami bukan meminta bantuan duit mana-mana parti. Lainlah kalau kami jumpa mana-mana wakil rakyat dan meminta dana atau sumbangan, itu lain pula ceritanya.
“Proses pembinaan masjid semuanya belum bermula. Saya berharap selepas saya berjumpa dengan wakil rakyat itu, proses perjalanan membina masjid dipermudahkan.
“Saya kesal ia dipolitikkan tapi saya tak nak terlalu memikirkannya. Kalau kita terlalu ambil serius pun, ia tak akan habis. Apa yang saya boleh buat adalah jalan terus sahaja. Sekarang menanti proses kelulusan, jika ia dipermudahkan, Insya-Allah projek itu akan terus berjalan,” kata Aeril.
Terdahulu, Aeril dan Wawa ditemui pada Majlis Pelancaran Wawa X Rozyana; Asmaradana – Lagenda Kembali di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...