Ads
Home Berita “Kurniakan Pasangan Hidup Yang Mulia Di SisiMu Dan…,” – Sempena Usia Cecah...

“Kurniakan Pasangan Hidup Yang Mulia Di SisiMu Dan…,” – Sempena Usia Cecah 30 Tahun, Ini Doa Ibu Neelofa…Terharunya!

Ads

Seiring dengan ulang tahun kelahiran ke-30 Neelofa pada 10 Februari lalu, rata-rata peminatnya mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat selebriti dan usahawan berjaya ini.

Malah kebanyakannya terus mengharapkan agar bintang asal Kelantan ini terus istiqomah dan setia memberi inspirasi buat semua,khasnya anak muda.

Sementara itu, ibunya Datin Noor Kartini turut menitipkan dedikasi hari jadi teristimewa buat anaknya itu. Ucapan penuh makna itu dikongsi Kartini menerusi Instagram.

“HAPPY BIRTHDAY LOVE.. Ya Allah Ya Rahman dengan zat kasih sayangmu ku menadah tangan memohon kepadamu sempena hari lahir buah hati kesayanganku, penyeri hidupku, penawar rinduku , pengubat jiwaku ini.

“Kurniakan umur yang panjang dalam keberkatan dan menfaat utk kehidupan dunia dan akhiratnya, kesehatan yang afiyah , Ya Allah kurniakan rezeki yang terbentang luas seperti pasir di pantai,buih buih dilaut dan seperti air zam zam yang telah Allah keluarkan dari perut bumi Mekah yang tak pernah putus2 dari zaman berzaman yang menjadi penawar kepada seluruh hamba yang berada di seluruh pelusuk dunia.

Ads

“Kurniakan pasangan hidup yang mulia disisimu dan kekal hingga ke Jannah kepadanya..semoga dengan jodoh ini Allah tinggikan darjatnya,muliakannya dan dengan jodoh ini dapat menjadi contoh dan idola kepada seluruh masyarakat Dunia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

“Ya Allah jadi setiap langkahnya,hayunan tangannya,hembusan nafasnya,kelipan matanya,alunan suaranya sebagai ibadah yang menjadi penyebab puteriku ini menjadi penghuni Syurgamu,Ya Rabb kurniakan pandangan kasih sayangmu kepadanya supaya siapa sahaja yang memandangnya dengan pandangan dari zat kasih sayangmu.wahai puteriku, mama sentiasa ibaratkanmu seperti berlian yang berharga..di cipta Allah dgn tekanan yg amat dahsyat sehingga terjadinya berlian yang sangat cantik dan berharga.

Ads

“Walau pun tekanan dan ujian yang love lalui tapi itu adalah kerana Allah ingin menaikkan martabatmu dan dekat dirimu dengan Allah..dan ujian ini hanyalah dilalui oleh manusia yang hebat dan yang terpilih oleh Allah sahaja sayang,” tulisnya.

Pada masa sama, Kartini turut mendoakan kebahagiaan si anak dunia akhirat serta sentiasa meredai.

Ads

“Mama sentiasa akan mendoakan kejayaan dunia akhirat utk love dan doa mama doa keramat yang tiada hijabnya.. ini adalah janji Allah.. dan mama sentiasa meredhai love .. kerana juga janji Allah redha nya datang setelah redha seorang ibu kepada anaknya.

“Semoga Allah segera qabulkan setiap doa love, capaikan setiap cita2 love, sempurnakan hajat love dan permudahkan segala usaha dan urusan love.. ..Ammin Amiin Allahumma Amiin. Mama love you @neelofa,” kongsi Kartini panjang lebar.

Terdahulu, beberapa majlis sambutan hari jadi hos MeleTop ini turut dirai rakan dan ahli keluarga.

Foto: Instagram Datin Noor Kartini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


error: Hello. Cannot.