Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam yang menyambut ulang tahun perkahwinan bersama isterinya, Nurinafilah menitipkan beberapa ucapan romantis.
Bagaimanapun, salah satu posting darinya di Instagram nyata membuatkan para peminatnya rasa syahdu apabila dia turut berdoa agar dikurniakan zuriat dalam bahtera perkahwinan yang dilayari.
“Ya Allah, di hari kelahiranku & ulangtahun perkahwinanku ini, aku ingin mengucap syukur atas segala rezeki yang kau limpahkan kepadaku. Janganlah Engkau keringkan hati & jiwa kami dari perasaan cinta, kasih & sayang. Kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh & solehah.
“Sesungguhnya kami menanti detik indah ini Ya Allah. Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga ke syurgaMu. Berkatilah hubungan aku & Isteriku Tercinta, Nurinafilah,” tulis Izzue panjang lebar.
Terdahulu, Izzue dan isterinya yang juga pengurus selebriti yang dikenali dengan nama Awin telah mendirikan rumah tangga pada 4 Jun 2013 selepas berkenalan lebih lima tahun.
Foto: Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI