Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Michael telah mengucapkan terima kasih kepada pelakon Alif Satar kerana pelakon tersebut ada belanjanya makan Satay.

“Salam semua! Alhamdullilah hari ni @alifsatarbelanja kita satay kat set walaupun dia tak berlakon dgn kita! Tq so much Alif Moga allah murahkan rezeki mu and aku Doa kan kau bertambah meletop letop lagi!,” tulisnya.

IKLAN

Bagaimanapun, fizikal Michael turut mendapat perhatian daripada peminatnya.

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat berkata Michael kelihatan semakin kurus dan susut.

IKLAN

“Kurusnya, Lain Dah Muka,”- Kelihatan Makin Susut, Peminat Tegur Michael Ang “Kurusnya, Lain Dah Muka,”- Kelihatan Makin Susut, Peminat Tegur Michael Ang

IKLAN

Terdahulu, Michael telah memeluk Islam pada Februari tahun lalu, namun merahsiakan perkara tersebut yang hanya diketahui beberapa rakan artis seperti Alif Satar dan Neelofa.

Pengarah kelahiran Melaka itu masih mengekalkan nama asal, Michael Ang Hai Swee kerana mahu memberi penghormatan buat kedua ibu bapanya yang telah melahir dan membesarkannya.

Video : Instagram Michael Ang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI