Penyanyi dan aktivis, Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi memaklumkan akaun Instagram miliknya telah disekat dan hampir dipadam selepas cuba untuk memuat naik satu entri mengenai bantuan tabung dana untuk rakyat Palestin menerusi aplikasi berkenaan.
Meski pun begitu, penyanyi berusia 35 tahun ini memberitahu, dia tetap akan terus berjihad dan berjuang demi mempertahankan umat Islam di Palestine dalam apa jua halangan yang dihadapi.
“La hawla wala quwwata ila billah. Kutip derma dan cakap the truth pun violence ka? LIVE pun kakja dah tak dapat buat. Hahaha takuit ler tu. koyaks ker tu. Hehehehe tak ada masalah tak ada masalah tak ada masalah. ALLAH kan ada.
“In sha Allah hingga TITISAN DARAHS TERAKHIRS AKAN KU PERJUANGKANS ISU UMMAHS! TAKBIR!!!
Ads
“Korang doakan Media Social kita semua still selamat untuk kita teruskan JIH4.D kita! Pls,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Jenazah wartawan yang meninggal dunia di London, United Kingdom, Fiza Kamaruddin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan, Raudhatul Sakinah, Gombak, Selangor pada jam 12.50 tengah hari tadi.
Jenazah tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.47 pagi daripada London.
Allahyarham Fiza juga telah disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur jam 11.30 pagi.
Sementara itu, suami kepada Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan pengebumian isterinya telah dipermudahkan dari awal hingga akhir.
“Alhamdulillah, segala urusan semenjak di London sehingga ke tanah perkuburan hari ini telah berjalan dengan lancar seperti apa yang saya harapkan.
“Tak banyak yang boleh saya perkatakan hanya ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat terutamanya Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Persatuan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan rakan-rakan.
“Tidak dilupakan juga kepada komuniti Malaysia di London, Pesuruhjaya Tinggi, Malaysia Airlines dan badan-badan yang terlibat,” katanya yang temui selepas selasai urusan pengebumian.
Katanya lagi, dia juga syukur dapat menunaikan hajat terakhir isterinya untuk bercuti bersama keluarga di London.
“Antara pesanan yang menyentuh hati, sebelum kami berangkat ke London, dia ada bagitahu yang ini mungkin merupakan percutian kita yang terakhir.
“Kalau saya tak pergi, entah bila lagi saya dan dia akan pergi sekali. Mungkin itu petandanya. Saya pun dah tunaikan hajatnya untuk bawa keluarga ke London.
“Alhamdulillah, dia pun dapat merasai udara dan melawati bandar-bandar di London,” ujarnya lagi.
Berkongsi mengenai reaksi anak-anak, Roshdi atau lebih mesra disapa Dodi memaklumkan mereka reda dengan ketentuan Ilahi.
“Ketika ibu mereka menghembuskan nafas yang terakhir, mereka agak sedih. Namun, lama-kelamaan, saya nasihatkan mereka supaya reda. Alhamdulillah mereka pun faham.
“Cuma saya kena tunjuk yang saya kuat di hadapan mereka. Kalau saya tak kuat, mereka pun mesti sedih. Diharapkan mereka akan terus reda sehingga mereka dewasa,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim meyifatkan pemergian arwah sebagai kehilangan besar dalam syarikat
Norman yang juga merupakan majikan yang juga pemilik portal Boom dan Jurnal Malaysia, mendedahkan Allahyarham Fiza ialah pekerja yang begitu berdedikasi menjalankan tugas sebagai pengarang berita.
“Arwah bersama kami lebih kurang setahun sejak Disember 2022. Dia sangat komited dengan kerja walaupun sedang bercuti di London, dia tetap memeriksa artikel.
“Kehilangan arwah sangat besar untuk kami kerana dia sentiasa inginkan yang terbaik untuk memajukan portal kami,” katanya.
Sekadar informasi, Fiza dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti ke negara tersebut sejak pertengahan Disember lalu.
Allahyarham merupakan bekas pesakit kanser payudara namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.
Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nazim Othman kini berada di kepulauan Maldives selama beberapa hari bagi menikmati waktu cuti dari sebarang komitmen lakonan.
Lebih menarik, liburannya kali ini menjadi perhatian peminat apabila bintang Cindai itu ada memuat naik sepotong video pendek yang merakamkan figura terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan di lokasi percutian sama!
Momen tersebut berjaya dirakam Nazim. King of Bollywood itu dilihat berjalan bersama anggota keluarga sambil diiringi beberapa petugas.
“Terserempak Shah Rukh Khan & Family bercuti kat sini jugak,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat terus memberikan pelbagai reaksi.
Ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi daripada Nazim sendiri. Malah, ada juga rakan artis yang turut sama memberikan komen, termasuk Wany Hasrita dan Aprena Manrose.
Foto: Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Kaka Azraff meluahkan rasa gembira apabila berpeluang membuat persembahan nyanyian di atas satu pentas dengan ibu saudaranya yang Ratu Rock, Ella.
Kaka telah digandingkan bersama dengan Ella buat kali pertama ketika membuat persembahan di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) yang bersiaran langsung di saluran TV3 pada Sabtu.
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Kaka atau nama lengkapnya Noor Atiqa Noor Azraff mendedahkan untuk membuat persembahan nyanyian bersama Ella adalah merupakan satu impian besar bagi dirnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang kini sedang berbadan dua ini berharap dirinya berpeluang untuk melakukan persembahan bersama penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Sembilu itu di sebuah konsert yang berskala besar pada masa akan datang.
“Kecik-kecik dulu selalu berangan “Nak nyanyi dengan Uteh ( @ellaaminuddins ) satu pentas.”
“Our first time di satu pentas besar , thank you @beritaharian @abpbh34kitabersama . One day nanti, kita ada konsert besar bersama pulak.
“Tak salah berangan, mana tau jadi kenyataan jugak,” tulisnya.
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menyifatkan dirinya masih belum layak untuk menerima pengiktirafan sebagai Biduan Negara walaupun sudah hampir lima dekad terlibat industri seni...