Dihujani komen saiz tubuh badannya yang dikatakan semakin gempal dan berisi baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime tenang menghadapi perkara tersebut.
Bagaimanapun, Atikah dilihat ada meluahkan rasa apabila ada segelinitir yang membuat perbandingan antara dirinya dan bintang Hollywood, Kylie Jenner.
Kongsinya menerusi Insta Stories, ramai yang memuji sosok badan adik kepada Kim Kardishan itu, namun ada yang menyifatkan saiz badan Atikah sebagai ‘gemuk’.
Ads
Terdahulu, pelakon drama Tuan Danial itu telah memuat naik foto di Instagramnya yang melihatkan dia tampil dengan dres senteng dalam rona pastel.
Ads
Dalam ramai yang memuji, ada juga memberi komen yang kurang senang terhadap posting berkenaan.
Selain pemuzik, Fendy Adlun membuat pendedahan mengenai kisah perpisahan bersama bekas isteri yang juga vokalis wanita untuk kumpulan Caliph Buskers, Nurnadira Rubina, wanita ini turut memberikan pencerahan mengenai kisah perceraian mereka lebih dua tahun lalu.
Menerusi Instagram, pemuzik dan penyanyi ini memberikan penjelasan panjang.
Jelasnya, apa yang dikongsikan adalah bagi menjelaskan kekeliruan.
“Kisah semalam hanya sejarah yang mengajar diri untuk menjadi lebih kuat. Dua tahun merahsiakan, jalan yang terbaik adalah berterus-terang agar tiada lagi kekeliruan dan tanda tanya dari mana-mana pihak.
”Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Namun sebagai manusia, siapa kita untuk menidakkan apa yang sudah tertulis. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya, aku redha dengan ketentuan ini.
”Allah takkan turunkan sesebuah ujian jika kita tidak mampu untuk menghadapinya.
Tiada lain yang diharapkan, walau pun hubungan kita sebagai suami isteri telah pun berakhir, aku harap kita dapat berbaik jadi kawan sampai bila-bila.
”Moga kita dapat menjalankan amanah dan memikul tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga dan membesarkan puteri kesayangan kita, Nurazalea Zafirah dengan baik, dengan penuh kasih sayang,” maklumnya.
Dia pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih buat bekas suami atas tanjunggawabnya selama ini.
“Buat Fendy yang pernah menjadi suamiku suatu masa dulu, terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini.
”Terima kasih kerana telah menjagaku walau dalam waktu yang singkat. Berjuta kemaafan ku pohon dari hati yang terdalam.
”Aku mohon ampunkan segala salah silap sepanjang beberapa tahun aku menjadi isteri, halalkan segala makan minumku selama ini. Meski pun jodoh kita tak panjang, jangan anggap ini sebagai yang terakkhir untuk kita.
”Tapi anggaplah ini sebagai satu titik permulaan untuk kita memulakan cerita baru, juga langkah baru dalam fasa kehidupan yang baru.
”Aku doakan semoga kau berbahagia, moga dipertemukan dengan insan yang lebih baik. Satu je aku nak pesan, cari pasangan yang bukan hanya sekadar sayang diri kita, tapi carilah seseorang yang boleh terima kita seadanya, boleh terima dan sayang anak kita seperti anak-nya sendiri walau dalam apa jua sekali pun keadaan atau kondisi anak kita.
”Dengan penjelasan ini, diharapkan selepas ini kita dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan lebih tenang.
”Moga ada sinar kebahagiaan dan kebaikan untuk kita berdua. Sekali lagi, maafkan aku.
Ikhlas dari: Nurnadira rubiana,” jelas Nadira panjang lebar.
Fendy turut berkongsi luahan hatinya di laman Instagram mengenai hal terkait.
Pelakon, Zul Ariffin mengakui setiap tahun dirinya akan berhenti dari memuat naik sebarang foto atau status di media sosial, khasnya Instagram bagi memberi ruang terhadap diri sendiri.
Menurutnya, perkara tersebut sudah pun diamalkan sejak sekian lama dan ia turut diketahui para peminat setianya.
“Setiap akhir tahun saya akan ‘shut down’ akaun Instagram. Its just happend benda tu dan ramai yang ingat saya berbuat demikian kerana hal tersebut. Setiap akhir tahun saya akan ‘switch off’ dan take a break.
“Saya buat kerana kadang-kala telefon kita sudah biasa sangat dengan sosial, sibuk tengok orang punya aktiviti dan sebagainya. Setiap tahun saya akan buat benda tu, at least,” jelas Zul.
Bagaimanapun, penutupan akaunnya tidaklah mengambil masa panjang dan Zul lazimnya akan membuka semula sebulan selepas itu.
“Sekejap saja tutup, lepas tu aktif balik. Hampir sebulan tidak aktif dan peminat saya tahu akan perkara itu. Sudah bertahun, cuma ada yang tidak perasan… My fans perasan dah.
“Mereka tahu sebab itu mereka tiada kata apa pun. My end of the year punya rutin,” jelasnya lagi.
Zul pada masa sama turut mendedahkan, akaun Instagram miliknya dikawal selia dirinya sendiri selain bantuan kakak.
“Laman sosial saya yang kawal dan ada ketika kakak saya yang tolong. Saya tiada skuad pengurusan.
“Saya sendiri yang uruskan dari dulu hingga sekarang. Ia lebih menyenangkan,” katanya lagi.
Terdahulu, aktor berbadan sasa ini ditemui di set penggambaran filem terbarunya, Talbis Iblis di Pulau Carey, Klang baru-baru ini.
Turut sama terlibat di dalam filem seram terbitan Infinitus Productions ini ialah Nasha Aziz, Azira Shafinaz dan ramai lagi dan dijangka akan ditayangkan hujung tahun ini.
Zul sebelum ini mendapat perhatian ramai sebelum menjelang detik tahun baru lalu apabila dikatakan telah menyahaktifkan akaun Instagramnya.
Lalu tindakannya itu menimbulkan spekulasi di kalangan peminat bahawa ia dibuat selepas timbulnya isu sensasi yang didakwa mirip kepada pelakon berkenaan mulai bertebaran di media sosial.
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi berasa sebak melihat keperitan hidup yang dialami penduduk Syria, khususnya kanak-kanak.
Tambahan pula, cuaca disana mengalami cuaca sejuk melampau.
Kongsi anak kelahiran Terengganu itu, dia dan beberapa aktivis lain sebak melihat wajah riang kanak-kanak tersebut selepas menerima cenderamata seperti selimut tebal bagi melindungi diri daripada kesejukan.
“TERLALU LALU SEBAK.
SYUKRAN MALIZIA, SYUKRAN MALIZIYA!
“Saat kami nak ke kem pelarian lain , dan anak ini pula nak balik ke khemahnya, dia datang dengan senyuman penuh ikhlas dan raut wajahnya begitu gembira anak ini dengan sendirinya tak henti henti berkata “SYUKRAN MALIZIYA..SYUKRAN MALIZIYA.”
“Ya Allah luluh nya hati ini. Luluh dan hiba sangat sangat. Dapat selimut seumpama dapat rumah banglo, betapa bersyukur dan gembiranya mereka kerana sejuk boleh mencecah negatif.
“Mereka tak memaksa untuk kita bantu mereka, namun tergamakkah kita melihat post ini tanpa berbuat apa apa.. mungkin di akhirat kelak, dengan membantu mereka inilah yang akan bantu kita masuk me Syurga. Wallahu a’lam,” tulis Heliza sambil disertakan video.
Bintang itu pada masa sama turut sertakan akaun bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban.
“Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
Atau
www.tabungsyria.com,” tulisnya.
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, pelakon veteran Mubarak Majid menyifatkan penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) sebagai satu pengalaman berharga untuk menimba ilmu dalam bidang nyanyian.