
Usahawan yang juga bintang media sosial popular dunia, Kylie Jenner dan pasangannya, Travis Scott selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 2 Februari lalu.
Berita gembira mengenai kelahiran anak lelaki mereka itu dimaklumkan menerusi Instagram.
Ia sekaligus membuatkan para peminatnya teruja dengan pelbagai komen telah ditinggalkan menerusi entri berkaitan.
Di dalam hantaran tersebut, Kylie berkongsi foto anak sulungnya, Stormi yang memegang jari bayi yang baru dilahirkan bersama kapsyen 2-2-22 beserta emoji berbentuk hati.
Media antarabangsa melaporkan, ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan kelahiran permata hati baru membuatkan anak Stormi sangat teruja.
Ogos tahun lalu, berita mengenai kehamilan adik kepada supermodel, Kendall Jenner itu mendapat perhatian ramai.
Terdahulu, pasangan berkenaan menyambut kelahiran anak pertama, Stormi Webster pada 1 Februari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hal Seperti Ini Tak Boleh Dirancang…,” – Dikecam Sebab Isteri Hamil Terlalu Rapat? Jamal Abdillah Sudah Dapat Nasihat Doktor

Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah enggan melayan kata-kata negatif yang dilontarkan terhadapnya selepas didakwa tidak bersimpati dan merelakan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin hamil terlalu rapat.
Menurut Jamal, dia mengaggap kehadiran cahaya mata kelima ini sebagai rezeki dan percaya aturan Allah itu yang terbaik.
“Kadang-kala perkara seperti ini tak boleh dirancang. Yang menentukan adalah Tuhan. Walau bagaimanapun kita merancang, kalau perkara itu ditakdirkan tidak berlaku, ia tetap tidak akan berlaku.
“Kecaman-kecaman seperti itu saya tidak akan layan dan tengok pun. Biarlah orang nak cakap perkara negatif. Saya buat perkara ini kerana Allah juga.
“Saya anggap ia sebagai rezeki,” katanya kepada MH.
Jamal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Divas & Diamonds 2024 yang berlangsung di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, penyangi lagu Gadis Melayu ini juga memaklumkan dirinya dan isteri telah pun mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai kehamilan kali kelima ini.
“Berkenaan bersalin secara czer, kami juga ada mendapatkan nasihat daripada doktor pakar. Saya pun tak berani kalau tidak mendapatkan nasihat.
“Saya berserah kepada isteri saya. Sama ada dia nak ikat peranakkan atau sanggup bersalin lagi, terpulang kepada dia. Saya terima sahaja keputusan dia selepas ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Jamal turut berkongsi keadaan isteri yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan mengandung yang teruk.
“Perkembangan terkini isteri saya sihat alhamdulillah, dia sebenarnya mahu ikut pada hari ini tetapi masih perlu berehat.
“Dia alahan bukan sebab bersalin. Dia masih lagi belum boleh makan sudah masuk hari ke-12 dan asyik muntah-muntah,” ujar bapa kepada tujuh orang anak itu.
Mengulas lanjut mengenai kehidupan bersama anak-anak, Jamal menganggap kehadiran mereka sebagai terapi buat dirinya selepas penat bekerja.
“Sekarang saya rasa kehidupan keluarga bersama anak sangat seronok. Ini satu terapi bagi saya kerana tidak pernah rasa letih, bosan atau marah sekalipun.
“Ini adalah hiburan saya dan saya pun bukan jenis keluar rumah dengan anak-anak,” tuturnya.
Sebelum ini, Jamal dikecam teruk selepas memaklumkan bakal menimang cahaya mata ketujuh dan memberitahu isterinya sedang dirawat di IJN.
Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 1.
Penyanyi lagu Gadis Melayu itu memiliki dua lagi putera hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Percaya Peluang Dalam Industri Hiburan Tidak Berkesudahan,” – Celebrity Superstar Asia 2022 Optimis Cari Individu Berbakat Tak Kira Bangsa

Quinton Academy dan Lomo Pictures dengan kerjasama Broadway Academy, akan menganjurkan pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022.
Bakal menjalankan uji bakat secara dalam talian dan fizikal bermula April depan, program ini dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum mencapai kemuncak.
Peserta yang mempunyai bakat berbeza seperti nyanyian, tarian, persembahan silap mata dan berbagai lagi amatlah dialu-alukan untuk mengambil bahagian.
Antara panel hakim yang akan terlibat dalam uji bakat tersebut ialah Dr. Casey Broadway, Pengasas Broadway Akademi di Malaysia, Encik Ryon Lee, penulis skrip dan pengarah filem terkenal, Encik Ayez Shaukat, pengarah aksi terkenal merangkap pelakon dan ramai lagi.
Pengasas Bersama dan Penerbit Eksekutif Quinton Academy, Aron Koh dalam satu kenyataan berkata, objektif ini dilakukan bagi mengumpulkan bakat di seluruh Asia Tenggara bagi menghasilkan kerja yang lebih hebat.
“Kami percaya peluang dalam industri hiburan tidak berkesudahan. Cineplus ialah platform untuk mempamerkan individu berbakat dan program berkualiti. Kami mahu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang yang mahu mendedahkan bakat mereka bersama kami,” katanya.
Malah, pihaknya juga optimis bahawa akademi tersebut melatih pelajar dan penghibur amatur agar mereka dapat berada pada tahap standing dengan artis persembahan dan pasukan kreatif di Amerika dan seluruh dunia.
Peserta Celebrity Superstar Asia 2022 berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM200,000 termasuk wang tunai, kursus Quinton Academy dan kontrak meneruskan kerjaya mereka dalam industri hiburan.
Pada masa sama, penganjuran Celebrity Superstar Asia 2022 ini juga antara lain dilihat mampu mengumpul sekali gus menyatukan bakat tanpa mengira bangsa.
Maklumat lanjut berkenaannya boleh didapati di Facebook dan Instagram rasmi Quinton Academy dan Lomo Pictures.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lepas Ni Tengok Harga Dulu,” – Makan Stik Sampai RM10,000 Di Restoran Milik Salt Bae? Aeril Zafrel & Wawa Zainal Jadi Tumpuan

Umum mengetahui, pasangan selebriti popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kini sedang menikmati percutian mereka di bumi London, United Kingdom.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Aeril memuat naik sebuah video yang nyata telah menarik perhatian ramai pihak.
Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan Aeril dan Wawa sedang menikmati hidangan stik mewah di sebuah restoran milik tukang masak popular dunia, Salt Bae di ibu kota London.
Malah, Salt Bae juga turut mempersembahkan demonstrasi hidangan stik tersebut secara eksklusif buat pasangan berkenaan.
Di akhir video tersebut, pelakon filem 7 Petala Cinta ini turut berkongsi jumlah keseluruhan bil yang dianggarkan bernilai £1,791.70 (RM10,065.54).
“Selepas ini, kalau nak makan, tengok harga dulu,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan jumlah bayaran tersebut dan tidak kurang juga yang memuji Aeril kerana sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati isterinya.
“Tak mengapa. Kenangan dan bahagiakan orang tersayang tu yang penting.
“Ya Allah, sedap sangat nampaknya tu.
“10K macam nak kenduri belanja makan. Takpe untuk family.
“Sekali sekala kan. Enjoy je.
“Ya Allah, steak dia terliur tengok,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, turut dilihat ada bersama di dalam video berkenaan termasuklah pasangan pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob.
Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 1 juta tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aeril Zafrel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI