Pelakon Ruhainies meminta mana-mana penulisan yang berkaitan dengan isu hangat membabitkan dirinya ketika ini agar lebih berhati-hati.
Menurut Ruhainies, dia mahu perbetulkan hal berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
“Salam, ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam content supaya tidak menimbulkan spekulasi yang lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan.
“la nya sama sekali “bukan tangkap basah”,”kongsinya bersama paparan yang berkaitan.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu menerusi satu status yang dimuat naik di Insta Stories, pagi Isnin.
Dia pada masa sama turut meminta untuk tidak menulis sebarang artikel yang boleh memberi kesan negatif.
“Sehingga kini saya masih belum berikan apa apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah statement dari saya dan ianya tidak tepat.
“Saya mohon supaya media tidak menulis apa apa yang boleh mengundang provokasi atau pun fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi dari saya sendiri.
“Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati hati dan lebih bertanggungjawab,” kongsinya lagi.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini