Ketika ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi yang melibatkan Syafiq Farhain dengan penyanyi lagenda era 90’an, iaitu Saleem Iklim.
Jadi secara tidak langsung semua orang sudah mengenali siapakah Syafiq Farhain ini.Lebih-lebih lagi Syafiq kini sudah mempunyai single pertama yang bertajuk Sayang Maafkan Aku yang kini diputar dicorong-corong radio.
Walaupun Syafiq sudah terkenal sebagai seorang artis, namun dia tidak berhasrat untuk meninggalkan kariernya sebagai anggota bomba buat masa ini.
Terdahulu dia bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat Tebrau Johor Bahru, kini sudah bertukar ke Putrajaya.
Pertukaran ini memudahkan dia membahagikan masa dengan dua karier yang dimilikinya sekarang.Menurut anak muda 23 tahun ini, memang agak sukar sebenarnya hendak memenuhi undangan nyanyian kerana terikat dengan tugas tetapi dia akan bahagikan masa menyanyi dengan kerja dengan memilih hari minggu ataupun hari cuti. Agak mudah juga baginya kerana dia bertugas dalam waktu pejabat sahaja.
Kata Syafiq, walaupun pada niat asalnya adalah untuk suka-suka sahaja, sekadar hobi dan tidak terfikir untuk menjadi seorang penyanyi seperti mana dia berdiri sekarang, tetapi rezeki yang datang itu dia cuba memanfaatkannya sebaik mungkin.
Ditanya lagi, apa beza bila sudah semakin popular dan betul-betul bergelar artis?
“Laa.. popular ke? Tak popular kot..Biasa-biasa je kan? Alhamdudillah rezeki semakin bertambah, dari segi kewangan, kawan, dan makin dikenali. Pergi mana-mana ada juga orang senyum dan tegur,” katanya.