Majlis resepsi kedua belah pihak melibatkan pelakon popular, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar telah pun berlangsung dengan meriah sepanjang minggu lalu.
Walaupun majlis tersebut disifatkan berjalan dengan lancar, namun, masih ada suara-suara nakal di media sosial yang memberi reaksi misalnya yang menyentuh soal persalinan yang dikenakan Mira hasil rekaan indah pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi.
Menerusi ruangan Twitter, terdapat seorang individu yang menyifatkan sepersalinan yang dikenakan Mira saling tak tumpah seperti ‘alas meja keras’.
“Lace nampak padat and keras macam alas meja yang kejung terakngkat tu,” tulisnya.
Melihat komen tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Rico sendiri;
“If you have nothing nice to say, say nothing at all.
“Your voice unfortunately doest not represents the majority. #saynotocyberbullying,” balas Rico.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Rico menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, ciapan tersebut turut disertakan dengan tanda pagar ‘katakan tidak kepada buli siber’.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut memuji hasil kerja Rico itu.
Sumber: Twitter Rico Rinaldi