
Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, dengan sekali lafaz pada jam 3.15 petang dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Al-Abdul Razak, Singapura, semalam.
Sambil menzahirkan rasa teruja, Aisyah turut bersyukur atas segala perancangan dipermudah oleh Allah SWT.
“Lafaz ijab kabul benar-benar menyentuh hati kami berdua, dan kami bersyukur atas segala barakah yang Allah limpahkan,” katanya.
Majlis Yang Diimpikan
Aisyah turut berkongsi kegembiraannya apabila majlis yang berlangsung dihadiri ahli keluarga serta sahabat terdekat, menjadikan ia satu kenangan yang cukup indah dan bermakna.
“Majlisnya sederhana dan intim persis seperti yang kami impikan. Setiap detik terasa tulus, tenang dan sangat bermakna,” katanya lagi.
Penyanyi lagu Pujaanku ini menambah, dia dan suami amat menantikan perjalanan baharu mereka sebagai suami isteri, berlandaskan cinta dan iman.
“Kami menantikan perjalanan baru ini untuk membina kehidupan bersama berlandaskan cinta, iman dan proses saling belajar sepanjang jalan,” ujarnya.
Abang PU Riz ‘Pencuri’ Hati
Terdahulu, media melaporkan lelaki yang berjaya menambat hati bintang tingg lampai itu ialah abang kepada pendakwah dan selebriti terkenal, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
Sejurus diija kabul, pasangan sama cantik sama padan ini turut mengadakan majlis resepsi pada Jumaat malam di sebuah lokasi eksklusif di Singapura yang hanya melibatkan keluarga dan kenalan rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI