
Baru sahaja selesai isu mengenai kucing yang di masukan ke dalam mesin pengering beberapa minggu lalu,kini tiba pula hal lebih kurang sama.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila 7 ekor kucing diberi racun oleh jiran tetangga.
Menerusi Facebook yang dikongsikan Hadi Al-Hadad, kucingnya itu menggelupur akibat menahan kesakitan sebelum mati dalam keadaan yang menyedihkan.
Video berdurasi 33 saat itu telah mendapat hampir 1000 perkongsian dari netizen.
Hadi ketika dihubungi berkata, dia terkejut apabila kucingnya itu tiba-tiba meraung dan menggelupur kesakitan.
“Ketujuh-tujuh kucing itu diberi racun, tapi dua lagi terselamat sebab saya sempat bagi air kelapa,” katanya kepada MH.
Susulan itu, perkara tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen terhadap perbuatan manusia yang tidak berperikemanusiaan itu.
Tambahan pula, terdapat juga netizen yang memberi cadangan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Aduhai! Di manakah sifat penyayang manusia tehadap haiwan? Semakin hari semakin kejam!
Sama-sama kita muhasabah diri dan tanamkan sifat cinta akan haiwan.
Sumber : Facebook Hadi Al-Hadad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pasti Ada Sebab Kukuh Dia Memperlihatkan Sedekahnya,” – PU Azman Minta Netizen Bersangka Baik Kepada Ebit Lew

PU Azman memohon agar netizen bersangka baik di atas perkongsian sumbangan yang dilakukan Ebit Lew menerusi laman sosial miliknya.
Jelas pendakwah bebas yang kini bergelar pelakon itu, apabila melihat seseorang memperlihatkan sedekah, perkara utama yang harus dilakukan ialah bersangka baik dan jauhi prasangka.
Ulasnya yang lebih mesra disapa Cik Man, perbuatan berkongsi amalan baik adalah bertujuan mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.
“Moga Allah beri kekuatan kepada ustaz Ebit Lew. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali.”
Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah.
“Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik.
.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ.
“Maksud :”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu dosa”. (Surah Al Hujurot ayat 12).
“Allah mengendalikan hati seseorang. Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya.
“Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.
“Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai.
“Maka dalam hal ini, Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq.
Cik Man,” jelasnya.
View this post on InstagramA post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on
Terdahulu, tindakan Ebit Lew berkongsi amalan kebajikan yang dilakukan di laman sosialnya menjadi perbalahan di kalangan warga netizen. Ada yang mendakwa pendakwah tersebut bersifat ria, namun majoriti menyokong usahanya dalam menyantuni warga fakir.
Foto : Instagram PU Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Kalah,” – Disoal Anak Maksud ‘Sufaha’ Dalam Bahasa Arab, Ozlynn Buang Malu & Ego Sebab…

Sering berkongsi tips dan kisah kekeluargaan, pelakon Ozlynn baru-baru ini ada memuat naik gambar anaknya Ariq yang sedang membaca ayat suci Al-Quran.
Malah, Ariq ada bertanyakan soalan tentang maksud dalam Bahasa Arab.
“My partner subuh! ngah ngaji tetibe dia tanya maa, Sufaha tu apa?? Kita ngah ngaji trus mcm huh?? Sb x focus apa soalan dia.. tetibe dia jawap org2 yg bodoh.
‘Kita lagi mcm aik? Abg ckp apa.. dia gelak.. n jwp “ hahaha xde la saja jek nak ulangkaji ngan mama.. nak tgk mama tau ke x…” eh anak bertuah nih.. kita dia nak uji nya.. kita pun bg balik.. main uji2 minda,” kongsi Ozlynn.
Dalam pada itu, Ozlynn akui bahawa dia ‘tewas’ dengan anak sulungnya itu kerana tidak berjaya menjawab soalan yang dikemukakan.
“Jujur la aku kalah.. sb tu aku bgtau anak aku.. jgn tinggal quran.. syg mama sblm nih jarang pegang.. dh merangkak mencari makna balik.. sejujurnya bkn itu yg aku nak kongsi.
“Dari sudut positif yg boleh kita ambik, usia tidak menjaminkan apa2.. kadang ada benda kita belajar dari anak.. jgn malu.. buang ego.. sb selama hidup nih x sume benda kita tahu.
“Ibarat masa skolah kelas apa yg kita amik.. sama juga dgn kehidupan, kita akan terima ujian dan belajar benda baru.. budak ingatan dia bagus.. so kdg aku tanya dia.. jadi saling mengingatkan.
“Haaa jangan masok bapak dia.. pegang rotan manjang.. kdg tersalah atau terlambat bg terjemah pon kena bebel.. pesanan buat diri sendiri.. jgn ada yg terasa hati.. moga kalian semua dilimpahkan rezeki, kasih syg Allah dihati,” tulis Ozlynn sambil disertakan hashtag #letsngaji.
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Lalu, netizen telah memberikan respon terhadap perkongsian ibu beranak lima ini.
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Foto : Instagram Ozlynn
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Belum & Tak Pernah Layak…,” – Susulan Sambutan Luar Biasa, Peminat Minta Najwa Latif Buat Konsert Solo

Penyanyi, Nawa Latif terharu melihat sokongan yang ditunjukkan para peminat sewaktu membuat persembahan di sebuah acara baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, suasana di ruang acara tersebut dilihat gamat apabila para penonton sama-sama menyanyikan lagu-lagu popular Najwa seperti Cinta Muka Buku, Untuk Dia dan Sahabat.
“Saya sudah biasa dengan idea dan perasaan tidak disukai orang sekeliling. Sudah tentu perkara ini sangat luar biasa buat saya,” tulisnya.
Jelas Nawja, dia berterima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu menyokong karyanya sejak awal kemunculannya di dalam industri seni.
“Kepada yang sudi, terima kasih kerana membesar bersama saya dan menghargai lagu yang ditulis oleh Kak Ika buat saya,” tulisnya.
Disebabkan sambutan positif itu, ruangan komen Instagram Najwa dipenuhi pemintaan peminat yang mahu dia mengadakan konsert solo dalam masa terdekat.
“Wawa, saya peminat peminat awak sejak menyanyi dalam kereta dan main gitar. Tolong buat konset mini atau gabungan. Kami nak nyanyi sekali.
“Wawa buat konsert saya akan pergi dan akan jadi konsert pertama saya.
“Kami mahu konsert jelajah Najwa Latif.
“Dah boleh perlahan-lahan untuk konsert Wawa,” antara komen-komen netizen.
Bercakap mengenai konsert, Najwa memaklumkan dirinya masih belum layak untuk menganjurkan konsertnya sendiri.
Bagaimanapun, dia akan tetap memenuhi jemputan persembahan sekiranya diundang.
“Fasal konsert atau showcase, saya belum rasa layak atau tak pernah layak pun. Namun, doakan saya habis belajar ya.
“Kalau ada rezeki, kita jumpa di mana-mana acara. Terima kasih kerana buat diri ini rasa istimewa,” ujarnya lagu.
Sekadar informasi, Najwa memulakan debutnya sebagai seorang penyanyi pada 2011 ketika usianya masih 16 tahun menerusi lagu Cinta Muka Buku.
Sejak itu, hampir kesemua lagu-lagunya berjaya menjadi hits sehingga layak bertanding di Anugerah Juara Lagi ke-26 (AJL26).
Selain bergelar penyanyi, Najwa kini juga merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Tengku Abdul Rahman (UNITAR).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instargam Najwa Latif
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI