Gara-gara memuat naik beberapa keping foto suntingan bersama anggota Black Pink, Rosé, Naim Daniel menerima kecaman hebat daripada Blinks yang meminta agar dia menghentikan perbuatan tersebut.
Walau bagaimanapun jelas penyanyi Sumpah ini, dia turut menerima reaksi positif atas usahanya merakamkan lagu secara tidak rasmi dengan bintang K-Pop berkenaan.
“What’s happening on @koreaboo ‘s page today.
“Anyway i just wanna clarify that i’ve been receiving a lot of support from my fellow international blinks regarding my unofficial project with Rosé on my youtube channel you guys are the truest ever !
Pempengaruh terkenal, Ryan Bakery sememangnya sudah senonim sebagai pembikin konten yang selalu membawakan isu berkaitan ragam masyarakat.
Terbaharu, Ryan telah memuat naik sebuah konten mengenai ragam petugas kesihatan yang menjaga kaunter pendaftaran di hospital.
Video berkenaan telah mendapat sambutan luar biasa sehingga meraih lebih tujuh juta tontonan di aplikasi Tik Tok.
Ketika ditemui media, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery mendedahkan video berkenaan telah mengundang kemarahan segelintir pihak yang kurang senang dengan kontennya itu.
Menurut Ryan, video tersebut bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan pengalaman yang pernah dilaluinya sepanjang hidup.
“Memang ramai yang marahkan saya bila saya buat video mengenai pekerja hospital yang menjaga kaunter itu. Malah, ramai juga yang follow akaun Tik Tok saya disebabkan video tersebut.
“Saya rasa, mungkin mereka dari kalangan yang terasa. Memang dari dahulu lagi saya selalu membuat video tentang ragam masyarakat.
“Bila saya buat video tersebut, bukan bermakna saya nak hentam sektor kesihatan. Habis tu, kalau saya buat konten mengenai peniaga, itu bermakna saya jatuhkan peniaga juga ke? Tidak,” katanya kepada MH.
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia yang berlangsung di sebuah premis acara di Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Ryan turut mendedahkan ada juga segelintir pihak yang menegurnya sehingga ke ruangan direct message (DM).
“Ia merupakan pengalaman saya sepanjang berjumpa dengan orang.
Namun, saya jadikan isu tersebut sebagai hiburan sahaja dan bukan untuk menyerang mana-mana pihak.
“Bila ada yang DM dan menegur saya mengenai video kaunter hospital itu, saya muat naik satu Instagram Stories dan terangkan semula kepada mereka secara baik.
“Saya bagitahu yang saya tiada niat nak menghina dan saya hanya lakonkan semula ragam manusia di Malaysia ini. Konten ini ada pelbagai jenis. Mungkin nanti kita buat video fasal polis yang jaga roadblock pula,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ryan yang mempunyai jumlah pengikut memcecah empat juta di Tik Tok juga teruja apabila namanya tercalon untuk beberapa kategori di Tik Tok Awards Malaysia 2023.
Menurutnya, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi sebaliknya gembira dengan program-program yang meraikan dan menghargai para pembikin konten.
“Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga, syarikat pengurusan, kawan-kawan dan pengikut di media sosial, saya berjaya sampai ke tahap ini. Tanpa mereka, hal ini mungki tidak akan berlaku.
“Bila nama tercalon, siapa sahaja yang tak seronok. Bagi saya, nama tercalon pun saya sudah bersyukur.
“Saya tak meletakkan sangat harapan untuk menang. Kalau berharap sangat, nanti tak dapat, kita pula yang sedih. Saya follow the flow sahaja. Kalau ada rezeki, kita menang. Kalau tiada, kita cuba lagi,” akhirinya.
Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam.
Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Tomok, Ayu Abas tidak dapat menahan rasa marahnya terhadap tindakan seorang individu yang didakwa telah menipu pekerjanya dan melarikan sejumlah wang di kedai minuman yang diusahakannya bersama suami.
Menurut Ayu, dia dan suami telah berkerja keras mengusahakan kedai minuman tersebut untuk memberi manfaat bukan sahaja buat keluarganya tetapi juga buat masyarakat yang memerlukan pekerjaan.
Penyanyi, Usop, mengumumkan dirinya kini sudah tidak lagi bersama dengan syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment.
Lantaran itu, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjadi tulang belakangnya itu selama ini.
“Terima kasih tak terhingga seperti mana banyaknya buih di lautan. Itu yang mampu saya ucapkan kepada orang-orang kuat yang banyak berada disamping saya ketika saya dalam rocketfuel.
“Banyak memori yang tak dapat saya lupuskan dalam ingatan, susah jatuh bangun semua sekali. Terima kasih kepada abang-abang yang saya sayang yang selama ni menjadi tulang belakang saya dalam industri,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga akan memanfaatkan segala ilmu yang diberikan untuk terus mencipta nama dipersada industri seni tanah air.
“Masa saya ada program di KL rumah abang-abang saya ni la tempat saya menumpang. Dan kepada mu big boss Mr Feros saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab banyak beri peluang kepada saya yang belum pernah saya rasa sebelum ni.
“Boss yang paling steady yang pernah saya dapat. You’re the men la boss . Banyak benda yang saya belajar ketika saya dikelilingi dengan orang-orang yang sangat hebat dalam industri.
“InshaAllah jika ada rezeki nanti kita akan bekerjasama lagi..thank you so much,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi penjelasan yang diberikan oleh pihak Usop mengenai keputusannya itu.
Malah, ada juga segelintir pihak yang berpendapat bahawa Usop akan mengendalikan kariernya secara bersendiri selepas ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan yang terbaik buat Usop serta kerjayanya.
“Even bergerak solo ke, bawah mana-mana label-label hebat ke, yang penting hati dan minda tu. Kena pandai manage dan rebranding diri. Semoga Usop berjaya dunia akhirat.
“All the best Usop, dimana hang berada buat yang terbaik. Jaga nama baik dan maruah diri. Hati-hati ya dalam segala hal.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Usop,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Usop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...