“Lagi Malu Kalau Warak & Baik Tapi Munafik,” – Didakwa Tak Malu Pada Mentua Kerana Sakan Menari Di IG, Fasha Sandha Respon

Share

Pelakon terkenal, Fasha Sandha menafikan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kini makin sakan menari di media sosial kerana mahu menunjukkan bentuk badannya yang semakin kurus.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, dirinya sememangnya merupakan seorang yang periang dan gemar menari sejak dahulu lagi tanpa mengira keadaan bentuk badannya.

“Video membuktikan daripada zaman berisi atau bulat, saya tetap berjoget. Semalam ada beberapa komen mengatakan bila dah kurus terus berjoget.

“Terima kasih sister diatas teguran cuma agak tersilap fakta nya. Seketul Fasha Sandha ni adalah manusia yang sentiasa happy dan enjoy. Gemuk atau berisi ke, saya tetap joget dan happy.

“Tiada masa nak edit gambar atau video nak jadikan saya kurus dalam gambar mahupun video,” tulisnya.

Penjelasan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Rampas Cintaku itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Pada masa sama, Fasha turut memberitahu yang dia tidak perlu berasa malu dengan keluarga mentua kerana menjadi dirinya sendiri.

“Malu pada keluarga mentua? Kenapa?
Sebab saya berjoget? Pada saya, tak perlu malu untuk jadi diri sendiri sister. Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi bersifat ‘munafik’ dan hipokrit.

“Juga selalu iri hati pada orang dan berhati tak bersih. Tiada siapa pun sempurna di dunia ni sister, tiada siapa layak untuk menilai sesiapa pun.

“Saya tetap bahagia dan enjoy. Dulu dan sekarang. Jadi, fakta yang mengatakan saya, berisi saya berbeza tu, tak tepat ye. Saya tetap sama,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji reaksi jujur Fasha selain turut menasihatinya supaya mengabaikan komen-komen negatif.

“Saya suka kapsyen Fasha. Banyak sangat manusia gila menegur sahaja.

“Ini cara terbaik untuk membalas semula komen seperti ini. Nampak sangat yang mereka tak ikut perjalanan Fasha. Tahu-tahu nak fitnah sahaja. Tak mengapa, kami masih sayang Fasha.

“Dah memang dia jenis suka berjoget dan happening. Yang cakap macam tu jenis yang murung setiap hari dan berkurung dalam bilik. Diri sendiri ada perangai masing-masing,” antara komen-komen netizen.

Sebelum ini, Fasha mendedahkan dirinya terpaksa menurunkan berat badan secara mendadak kerana terikat dengan perjanjian (kontrak) untuk sebuah drama yang memerlukan dirinya tampil kurus

Dia juga menafikan dakwaan segelintir pihak tubuhnya kini langsing adalah disebabkan menjalani prosedur bariatrik atau potong usus.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha

Published by
Aizam Manaf