“Lagu Banyak Boleh Hafal,” – Iqa Mentor Menyesal Tak Hafaz Quran, Mahu Tekun Belajar Sebelum Meninggal

Share

Kini lebih banyak berkongsi ilmu kerohanian, Iqa Nasra atau Iqa Mentor mengakui menyesal.

Semuanya gara-gara dia tidak mendalami ilmu agama kerana sedari kecil dengan baik kerana leka dengan nyanyian.

Dia turut mempersoalkan diri mengapa terlalu mudah menghafal lagu, namun bukan surah Al-Quran.

“Sempat ke kalau umur dah mcm saya ni nak hafaz satu Quran? Possible ke?

“Saya menyesal tak hafaz quran dari kecik sedangkan lagu lagu banyak boleh hafal. Kenapa bukan al Quran?”

Menanam niat mahu menghafaz Al-Quran sebelum meninggalkan dunia, dia kesal kerana terlalu sibuk dengan dunia sebelum ini.

“Saya cemburu kalau tengok anak kecil2 dah hafal 30 juzuk. Beruntungnya parents dia.

“Kalau boleh sebelum saya tua dan tinggalkan dunia ni, saya nak hafaz Quran. terasa bodoh dan rugi sebab dulu terlalu sibuk dengan dunia,

” tulisnya lagi.

MH kongsikan rakaman penyanyi ini mengalunkan surah Al-Quran. Sejuk hati mendengarnya. Semoga Iqa terus istiqamah

 

Foto : Instagram Iqa Nasra

Published by
Noraini Abd Wahab