Berita

Lagu Baru Lisa BlackPink ‘Meroket’, Muzik Video Trending Nombor Satu Dengan 52 Juta Tontonan Dalam Dua Hari!

Share

Anggota kumpulan BlackPink, Lalisa Manobal atau Lisa terus mencipta sukses yang tersendiri apabila kini muncul dengan single solo terbaharunya, Rockstar melalui LLOUD Co./RCA Records.

Rockstar memperlihatkan kemampuan Lisa yang mampu menggabungkan seni rap yang lancar dan vokal pop bertenaga dengan baik menerusi lagu yang

diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee itu.

Muzik video lagu berkenaan, yang kini sudah pun trending dengan lebih 50 juta tontonan selepas dimuat naik menerusi laman YouTube dua hari lalu yang dirakamkan di Bangkok, Thailand diarahkan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead.

Lisa sebelum ini berkongsi sedutan lagu berkenaan pada awal Jun lalu di media sosial melalui hantaran di akaun TikTok yang memecahkan rekod dunia Guinness dengan meraih 1 juta pengikut dalam tempoh 2 jam dan 18 minit.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini


@mediahiburanofficial Anggota kumpulan Blackpink, Lisa kini kembali melancarkan single solo terbaharunya, Rockstar melalui LLOUD Co./RCA Records. Memang lit! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Published by
MH