Penyanyi Siti Nordiana ada berkongsi satu entri yang cukup menggamit memori. Menerusi Instagram, penyanyi yang kini sinonim menerusi lagu Hatiku Milikmu ini ada memuat naik foto bersama komposer senior, Patrick Khamis.
Selain memberitahu lagu berkenaan yang kekal diingati sejak tahun 2001 lalu, Nana turut mengakui lagu berkenaan juga popular di negara jiran.
“Memori berkasih’ lagu yg bertuah untuk nana. Dari tahun 2001 sampai la skang lagu itu yg selalu org request & wajib nana nyanyi kalo nn pegi show mana2.
“Alhamdulillah , yg paling best lagu ni popular sampai Indonesia , malah ramai yg buat cover lagu ni , views nye mencecah jutaan,” tulis Nana.
Pada masa sama, dia juga turut mengakui sentuhan dari komposer berkenaan begitu magical.
“Inilah dia komposer yang mencipta lagu berhantu ini #memoriberkasih . Abg Patrick Khamis . Sentuhan nya magical,” kongsi Nana.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya cukup menggemari lagu berkenaan dan tak kurang yang meminta Nana supaya kembali menyanyikan lagu dari komposer berkenaan.
Memori Berkasih merupakan antara lagu duet popular penyanyi berkenaan bersama Allahyarham Achik Spin.
Foto: Instagram Siti Nordiana