‘Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa
Bersujud Dan Lalu Aku Meminta
Semoga Kita Bersama…’
Bait-bait lirik lagu ini pastinya tidak asing lagi buat kebanyakan daripada kita. Malah ada yang menyifatkan lirik berkenaan telah menghantui hidup mereka dek kerana selalu mendengarnya di media sosial.
Bagi penyanyinya, Raffa Affar atau nama sebenarnya Raffa Aldiansyah, 20, lagu berjudul Cinta Sampai Mati itu membawa tuah kerana melonjakkan namanya bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di Malaysia.
Pemuda kelahiran Depok, Jawa Barat itu juga menyifatkan kelahiran single sulung itu ibarat mimpi yang menjadi nyata.
“Sebelum ini, saya sering membawakan genre lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan mahupun selawat serta nasyid.
Ads
“Selain itu, saya ada juga menyanyikan lagu popular penyanyi lain dan dimuat turun ke dalam akaun media sosial.
“Bila sering menyanyikan lagu popular, saya juga berharap mempunyai lagu yang boleh hits dan ternyata impian itu menjadi kenyataan,” katanya.
Tambah Raffa, pada asalnya, single ini diberi judul Dengarkanlah oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh label Botram Media Entertainment untuk judul yang lebih universal.
Ads
“Pihak rakaman berharap lagu ini dapat disampaikan mesejnya yang mempunyai maksud cinta kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun yang telah tiada.
“Lagu ini sebenarnya tidak terhadap kepada pasangan sahaja tetapi juga kepada keluarga,” ujarnya mengenai lagu ciptaan Ayu Rizki Yani, isteri kepada Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band.
Ads
Lagu ini dilancarkan di bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura manakala untuk pasaran di Indonesia dan lain-lain negara dilancarkan di bawah label muzik Botram Media Entertainment.
Sama seperti penyanyi baru lain, tiada apa yang diharapkan Raffa selain kehadirannya dan lagu tersebut mampu memberi nuansa baru kepada industri muzik sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Raffa Affar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal malam tadi pelakon Rita Rudaini ada memuat naik posting terbaru iaitu foto bekas suami, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.
Menerusi ruangan kapsyen foto berkenaan, Rita ada memaklumkan ada pihak yang bagaikan tidak senang andai dia berbaik semua dengan bekas suami demi anak-anak.
“Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik, walaupun demi anak-anak. Gigihla cuba nak lagakan kami. Anak-anak kami jadi mangsa. KEJI dan JIJIK. AIDIL dan RITA ni jangan bagi dekat, jangan jadi baik. Nape ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami akan jadi macam lagu Stacy ‘bergabung meletop?’
“Rancanglah macam mana pun, buatlah macam mana pun, biar pun beribu tahun sisturr okay je. Sebab sisturr percaya, satu hari nanti TUHAN akan bisikkan hanya yang BENAR pada Daddy ryanjuna,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #sislanjesupper #AIRIT.
Beberapa hari lalu menerusi laporan Harian Metro, Aidil ada memberitahu dirinya sedia bertemu dengan anak-anak dan perkhabaran itu disambut baik Rita kerana sebelum ini, dia tidak pernah berniat untuk menghalang Aidil daripada bertemu kedua-dua anak lelakinya itu.
“Alhamdulillah jika benar dia mahu bertemu anak-anak. Selama ini saya tunggu saja dia datang berjumpa Rayyan dan Arjuna. Sebagai ibu, saya tak pernah ada niat nak halang dia.
“Sebulan sebelum dia berkahwin, dia ada berjumpa anak-anak. Ketika itu saya pesan, jangan putuskan hubungan dengan anak-anak walaupun sudah ada keluarga baru.
“Kalau pun tak boleh berjumpa, telefonlah setiap hari agar anak sentiasa ingat bapa mereka. Tiga bulan pertama selepas berkahwin, dia ada hubungi anak-anak. Ketika itu saya sangat gembira. Namun, selepas itu dia terus diam hingga sekarang,” katanya seperti yang dipetik.
Kurang sebulan menjelang Ramadan, instafamous yang popular menerusi perkongsian video masakan, Khairul Aming mendedahkan dirinya sudah pun bersedia untuk menyajikan pelbagai konten-konten menarik dan lebih segar untuk program 30 Hari 30 Resepi kendaliannya.
Jelas Khairul, program yang telah pun memasuki tahun ke-4 ini bakal menjanjikan kelainan malah ia juga dikhabarkan berbeza daripada apa yang pernah dia lakukan sebelum ini.
“Hari ni genap 30 hari lagi countdown untuk puasa. 30 Hari 30 Resepi akan kembali untuk tahun ke-4, and this time it will be bigger.
“See you on the first day of puasa,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Khairul menerusi sebuah video teaser berdurasi hampir seminit yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Khairul yang ketika ini memiki jumlah pengikut seramai 2.8 juta di Instagram turut menambah, persiapannya untuk menjayakan program pada kali ini boleh dikatakan pada skala besar memandangkan dia juga bakal bergandingan bersama barisan Instafamous yang lain.
Video berkenaan nyata menarik perhatian ramai selepas meraih hampir 800,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen dan para selebriti menzahirkan rasa teruja selain turut tidak sabar untuk menantikan video pertama daripada Khairul menjelang 1 Ramadan nanti.
Sumber: Instagram Khairulaming
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sering berkongsi foto mesra seisi keluarga, Nora Danish baru-baru ini ada berkongsi gambar terkininya bersama dengan anak kedua, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim.
“Mommy is back bambammm mommy… #mohamedNeqaylnedim™️#cintahatineno #10thSept2019,” tulis juri tetap Muzikal Lawak Superstar ini.
Menjengah ke ruangan komen foto tersebut, rata-rata peminat memuji kecomelan Ney Ney yang kian membesar.
Bahkan, ada juga peminat yang membayangkan wajah Ney Ney saling tak tumpah seperti wajah ibunya ketika ini.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Bossned atau nama sebenarnya Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Foto : Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!