Meskipun baru melangkah ke bidang seni, penyanyi cilik Iman Darwasy, 13 tahun ternyata teruja apabila bakatnya mula disedari umum tatkala kebanyakan video nyanyiannya tular di media sosial.
Pernah tular dengan nyanyian semula lagu Dawai, dia gembira apabila video berkenaan telah memperkenalkan namanya sehingga menarik perhatian beberapa pihak pengurusan untuk merencanakan kerjaya seninya itu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ramai pihak sudah nampak bakat yang ada pada diri saya ini. Sudah pasti saya gembira dan mahu melakukan yang terbaik untuk bergelar penyanyi.
“Kalau boleh memang saya mahu berjaya dalam bidang nyanyian. Tapi fokus saya tetap pada pelajaran dan berharap dapat memberikan fokus kepada kedua-dua bidang dalam masa yang sama,” katanya.
Sebelum ini, Iman pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sehingga diangkat sebagai juara Bintang Kecil RTM 2023 peringkat Wilayah Persekutuan.
Kemudian, dia sekali lagi melangkah ke pertandingan Bintang Kecil RTM 2023 dan berentap bersama wakil negeri yang lain.
“Walaupun tidak menang, saya gembira kerana itu merupakan pengalaman pertama saya bertanding ke acara yang lebih besar.Banyak pelajaran dan pengalaman baru yang saya terima sepanjang ia berlangsung.
Ads
“Sudah pasti saya berterima kasih kepada pihak RTM yang banyak menaikkan semangat saya sehingga ke hari ini,” katanya.
Dia pada masa sama telah pun merakamkan lagu baharu untuk dijadikan tema drama Panggil Aku Dahlia terbitan Jaja Ishak Channel Sdn Bhd.
Terbaru, anak sulung daripada dua adik-beradik ini turut diundang untuk menghiburkan orang Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan pada 16, 17 dan 18 Februari ini di Dataran Indera Pahlawan Chenor, Maran.
Ads
Baginya ini merupakan satu undangan istimewa memandangkan ini kali pertama dia diundang ke Maran bagi menghiburkan masyarakat di sana dalam Malam Kebudayaan yang diadakan pada 16 Februari ini.
Bakal berada satu pentas dengan penyanyi legenda nasyid In-Team, pastinya Iman akan sama menghayati erti kasih sayang dan ihsan sesama manusia melalui lagu-lagu yang bakal dipersembahan nanti.
“Ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam karnival seperti ini dan pastinya saya teruja untuk melihat sendiri persembahan lain seperti nyanyian lagu rakyat, alunan qasidah dan zapin Arab.
“Pihak penganjur pun dah sediakan banyak aktiviti menarik sepanjang tiga hari acara berlangsung. Saya harap, orang Pahang dan kawasan sekitar tak melepaskan peluang untuk datang,” tambahnya lagi.
Ads
Bercerita mengenai Moh Karnival Makmur pula, pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur untuk semua ahli masyarakat yang hadir. Menariknya pelbagai hadiah juga disediakan oleh penganjur untuk mereka yang bertuah.
Puluhan reruai jualan juga dibuka bukan sekadar jualan makanan dan minuman tetapi juga jualan produk tempatan yang sinonim dengan masyarakat Pahang seperti hasil kraftangan dan sebagainya.
Moh Karnival Makmur akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang dijadualkan berlangsung pada 17 Februari, bermula jam 10.30 pagi di lokasi yang sama.
Pelbagai agensi kerajaan juga turut membuka kaunter bagi memberikan maklumat terkini tentang perkhidmatan yang disediakan oleh mereka dalam membantu melicinkan proses berkaitan.
Lebih menarik, kerajaan Pahang juga membuka pendaftaran Bantuan Prihatin Pahang untuk bayi yang baru lahir, pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi dan segenap ahli masyarakat bagi menyalurkan bantuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Izara Aishah ada memuat naik video terkini puterinya, Irisa Alaia Muhammad Adib yang dilihat kian lincah.
Beserta kapsyen ringkas, bintang filem Pilot Cafe itu menerusi Insta Stories turut berkongsi perkembangan si comel yang kini sudah pun berusia lebih tujuh bulan.
Sambil melakukan riviu terhadap beberapa item yang diterimanya, Izara turut menjelaskan permata hatinya itu gemar bermain dengan plastik dan kotak.
“Beli mainan mahal-mahal dia tak mahu. Dia mahu ni, plastik dan kotak mainan kegemaran,” tulisnya.
Untuk rekod, Irisa dilahirkan pada 15 April lalu.
Izara yang juga finalis Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017.
Foto: Insta Stories Izara Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Haqiem Rusli menyifatkan dirinya langsung tidak pernah terfikir untuk merasai nikmat kejayaan seperti ketika ini kerana beranggapan dirinya hanyalah seorang budak kampung.
Menurut Haqiem, segalanya berlaku dengan begitu pantas dan dia amat bersyukur mengenai perkara tersebut.
“Saya tak pernah jangka. Saya pun tak expect semua ni berlaku dalam hidup saya. Suatu masa dahulu saya hanya budak kampung tiba-tiba segalanya berubah 360 darjah.
“Jujur saya katakan, dulu kalau saya nak lepak RM5 pun saya takda. Dalam 2017, semuanya berubah,” katanya kepada MH.
Ketika ramai yang memganggap kontroversi yang melanda dirinya satu ketika dahulu merupakan titik tolak kepada kejayaannya ketika ini, Haqiem menjelaskan segala telah diatur dengan baik oleh yang maha Esa.
“Betul tu, sebab tu saya kata perjalanan hidup ini memang telah diatur. Mungkin segala yang berlaku itu adalah proses kematangan saya.
“Mungkin jika perkara seperti itu tidak berlaku, mungkin sekarang saya berlagak, lupa diri atau jadi orang yang jahat. Allah nak bagi saya jatuh untuk saya mengetahui apa erti kehidupan ini,” jelasnya lagi.
Sementara itu, penyanyi lagu Mimpi ini juga mengakui dirinya berasa sedikit hairan melihat perangai segelintir artis yang suka melihat kejatuhan rakan selebriti yang lain.
Jelas Haqiem, sebagai rakan industri, kita harus mengangkat satu sama lain dan bukanlah sebaliknya.
“Jujur saya katakan, saya tidak pernah mengecam orang di media sosial. Saya tak pernah kacau orang. Nak komen seseorang tu menyanyi atau berlakon tak bagus, buat apa?
“Contohnya sekiranya orang tu ada isu pun saya akan back up dia. Bukan nak tunjuk saya baik, saya nak tunjuk ini sepatutnya artis kena buat.
“Saya tak faham kenapa budaya sekarang ni, kalau seseorang artis tu buat hal, artis yang lain pun nak kecam. Kenapa nak kena ada prinsip hati yang busuk tu. Sebagai artis kita kena sokong sesama sendiri.
“Kalau rakan kita buat salah, nasihatkanlah dia. Tak perlulah sampai nak tweet. Saya rasa itu tak perlu. Budaya tu tak bagus,” akhirinya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!