Penyanyi, Tomok akui terharu saat menyaksikan anak sulungnya, Arrian Shah Akid menyanyikan lagu popular kumpulan New Boyz, Meraung dengan sangat lancar di sebuah majlis baru-baru ini.
Menurut Tomok yang juga merupakan vokalis kumpulan New Boyz, dia sendiri sebenarnya tidak menyangka anaknya itu akan menghafal lagu yang pernah menjadi kegilaan ramai satu ketika dahulu itu.
“Terkejut ayah dengar Arrian hafal lagu ayah,” tulisnya ringkas.
Video nyanyian tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi hantaran terikini di laman Instagram yang dimuat naik pada Ahad.
Video berdurasi hampir seminit itu nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Instagram.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa kagum selain turut merasakan Arrian bakal mengikut jejak langkah bapanya satu hari nanti.
“Tak lama lagi Arrian buat rambut belah tengah. Tercetuslah fenomena Tomok Junior.
“Vokalis New Boyz yang seterusnya.
Ads
“Rambut kena ubah tau. M is life. Mengimbau kenangan.
“Syok tengok ada waris yang boleh nyanyikan semula kan. Terbaik Arrian. Moga besar jadi anak soleh dan membanggakan ibu ayah.
“Fuhh ramai la jatuh cinta dengan Arrian ni nanti,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Meraung merupakan lagu hasil ciptaan Zul dan Allahyarham Mama Juwie. Lagu ini juga dimuatkan di dalam album kedua New Boyz yang berjudul Akur pada tahun 2001.
Ads
Pada ketika itu, kumpulan New Boyz dianggotai oleh Tomok (vokalis), Syuk (bass), Jay (gitar utama), Lan (gitar kedua) dan Along (drum).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ruhainies mengambil pendirian untuk tidak mahu terlalu terbuka lagi di dalam memberikan ulasan atau komen berkaitan hal peribadi, lebih-lebih lagi melibatkan soal teman lelaki.
Katanya kepada MH, ia dirasakan pendekatan terbaik untuk kurang bercakap mengenainya, bimbang andai berita yang keluar di media selepas ini akan disalah erti.
Terdahulu, bintang Jejak Karmila ini menjadi perhatian ramai selepas mengumumkan telah menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki jejaka yang dikenali sebagai Mr E, tahun lalu.
Sejak itu, kisah percintaan pelakon berusia 27 tahun ini kerap dikongsikan hingga menyebabkan ramai memberi persepsi bahawa Ruhainies seakan-akan tiada naskhah seni untuk diceritakan.
“Nak kurangkan bercakap fasal hal berkaitan dengan privasi. Bukannya rimas, cuma kalau boleh saya lebih selesa untuk berkongsi perihal kerjaya dengan lebih banyak.
“Kalau boleh saya nak elakkanlah (bercakap isu cinta semata) sebabnya netizen akan bercakap macam-macam. Saya perasan akan hal itu,” katanya jujur.
Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas bagaimanapun lebih gemar untuk tidak terlalu pandang enteng mengenai komen-komen ‘haters’ yang dirasakan melampau.
“Bagi saya kalau komen-komen yang tidak berasas, saya tidaklah layankan sangat. Akan tetapi kalau saya fikirkan balik, kebanyakan berita yang keluar adalah mengenai kisah cinta.
“Jadi apa yang boleh saya buat? Bila pihak media tanya, saya akan cuba untuk jawab sebaiknya.
“Lalu bila keluar berita sedemikian, ada yang ingat kita ni pergi cari wartawan untuk bercakap mengenai teman lelaki.
“Rasanya tak akan ada orang akan berbuat demikian,” kata Ruhainies yang turut bersaing dalam program All Stars Buka Panggung, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, adik kepada Nur Risteena ini baru selesai sebuah telemovie bertajuk Ustaz Rock untuk siaran RTM dan bakal ke set penggambaran untuk sebuah lagi telemovie yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.
Kumpulan De Fam telah mencuri perhatian penonton apabila berjaya menggubah lagu Doa Buat Kekasih nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim dan Ramli Sarip kepada versi lebih rancak dan rap di pentas program Immortal Songs, pada Ahad.
Bukan itu sahaja, nyanyian kumpulan De Fam yang dianggota Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana mendapat pujian penonton meski tidak berjaya menduduki di tangga pertama di pentas program tersebut.
“Performance yang t’baik… Syg xde rezeki…but always support defam..,
“Sedapnya lagu tu.datuk Khatijah suka, sangat kreatif,” respon peminat.
Selain De Fam, episod kali ini turut disertai barisan penyanyi hebat seperti Aina Abdul, Ariff Bahran, Muna Shahirah, Irfan Haris, dan Daniesh Sufian.
Immortal Songs merupakan sebuah program yang membariskan enam orang penyanyi yang berentap serta menggubah semula susunan lagu penyanyi legenda tanah air.
Progarm yang dihoskan oleh Ain Edruce, Amy Mastura dan Fad Bocey disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.
Video: YouTube TV3Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang mendapat jolokan Tony Stark Malaysia, Sham Visa mengakui mengalami sakit tekak hingga menjejaskan persembahan lagu Terima Kasih Cinta yang dipopularkan oleh Agfan pada saingan minggu kelima Gegar Vaganza 6 (GV6).
Menerusi saingan Ahad lalu, bintang berusia 47 tahun itu menduduki ranking kelapan dengan mengumpul markah keseluruhan 53 peratus dari 10 peserta yang masih meneruskan saingan.
“Hari ketiga saya alami masalah ini, saya rasa panas dan sakit di bahagian tekak. Di luar kawalan saya.
“Memang risau, tapi meski dalam kepayahan saya tetap mahu melunaskan tanggungjawab habiskan lagu itu,” katanya kepada MH.
Ditanya adakah ia sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi atau berada dalam tekanan, bapa kepada dua cahaya mata ini tidak menafikan perkara tersebut.
“Sudah tentu… Sebab ia menyakitkan. Sedikit-sebanyak dari perspektif saya sebagai orang yang sudah lama tidak menyanyi dan sertai pertandingan itu adalah serba-sedikit.
“Akan tetapi kini sudah pun minggu kelima saingan dan saya sudah mula biasakan diri dengan perjalanannya,” jelasnya.
Pada masa sama, Sham turut mengakui ada terfikir mungkin namanya akan diumumkan sebagai peserta tersingkir atas faktor persembahan yang kurang meyakinkan pada ketika itu.
“Ada… Sebab jelas persembahan saya tidak bagus dan andai itu berlaku saya bersedia,” katanya sambil turut memberi dedikasi tidak terhingga buat peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalanannya di GV6.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...