Selepas kira-kira sebulan melancarkan muzik video lagu terbaharu berjudul Sandera, Mila Jirin menerima maklum balas baik terhadap naskhah berkenaan dan sehingga kini, ia sudah ditonton lebih 25,000 tontonan di YouTube.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pendengar menyambut baik ‘comeback’ penyanyi dan usahawan berkenaan menerusi lagu hasil ciptaan Amylea Azizan itu.
Malah ada yang menyifatkan Sandera sebagai tepat dengan bersesuaian karektor vokal Mila selain ada yang mahu melihat lagu tersebut sama-sama bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) nanti.
Mengulas mengenai komen yang diberikan peminat, Mila merasakan ia sebagai satu pujian yang besar, lebih-lebih lagi baginya yang saja mahu kembali mencipta nama dalam industri seni muzik.
“Siapa yang tak mahu berada di pentas gah seperti AJL? Ia adalah impian bagi kebanyakan penyanyi sebagai penanda aras sejauh mana kehebatan sesebuah lagu itu.
“Saya yakin susunan muzik Amylea memberi majis buat sesiapa saja yang mendengar. Yang penting saya perlukan sokongan semua untuk sama-sama membawa Sandera ke pentas berprestij itu,” katanya.
Sementara itu, Mila turut menjelaskan dia kini mahu memberi tumpuan lebih kepada nyanyian selepas 10 tahun berehat bagi membina empayar perniagaannya, Bizzmilla.
Ads
Malah Mila mahu mengembangkan bakat bukan hanya sekadar menyanyi tetapi juga mengintai potensi dalam perniagaan bidang seni pula.
“Setahun atau dua tahun lalu, saya ada berkongsi video menyanyi di media sosial dan ramai yang tanya kenapa sia-siakan bakat.
“Seperti yang semua tahu, saya cuba pujuk suami. Walaupun pada mulanya suami agak berat nak membenarkan kerana kesibukan kami dalam perniagaan, tetapi dia tahu jauh di sudut hati saya masih mahu menyanyi. Alhamdulillah dia izinkan.
Ads
“Kerana itu saya gunakan peluang yang ada. Saya nak, hadirnya saya kembali dalam industri dapat memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya lagi.
Tambah Mila, dia juga berharap mempunyai sebanyak lagu yang boleh agar dapat menunaikan impiannya menganjurkan ‘showcase’ A Night With Mila Jirin’ di Bizmilla Banquete Hall.
Sementara itu, bercakap mengenai Sandera, kata Mila, perkataan itu sendiri bermaksud tentang seseorang yang terperangkap dan menjadi tebusan kepada sesuatu.
Ads
“Kalau dikaji semua lirik ini, ia adalah satu perasaan yang terperangkap disebabkan perlu memenuhi kehendak orang tang dia sangat cintai. Terkejut juga baca lirik-lirik ini. Amylea pandai penggunakan bahasa yang indah dalam lagu-lagunya.
“Terasa seperti lagu ini begitu sesuai dengan saya yang semakin matang daripada segi pembawakan dan penjiwaan nyanyian.
“Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman dahulu juga, proses rakaman hanya diambil selama 5 jam saja,” katanya lagi.
Sandera sudah pun dilancarkan di semua platform digital sejak Mac lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Tidak tahan diganggu dengan panggilan telefon misteri, penyampai radio, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Dj Lin mendedahkan nombor telefon individu berkenaan demi kebaikan bersama.
Kongsi Penyampai Radio Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 32), nombor yang disifatkan sebagau ‘scammer’ itu didakwa ada melakukan panggilan terhadap Dj Lin yang kononnya telah membuat pinjaman bank.
“Alang2 minah #scammer ni nak popular nak menipu konon kata kita ni ada buat pinjaman banklah dgn #cimb meh DJ Lin tolong viralkan!
“Stupid people with stupid brain! Yg lain pls alert ya kalau dapat dari nombor ni tolong jgn angkat pastu block terus k.
“Jangan tertipu ya #radiodj,radioannouncer scammernaktipudjlin #stupidscamner #djlinpantangorangmenipu #scammer,” tulisnya sambil mendedahkan nombor telefon individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Difahamkan, individu tersebut turut menghubungi penyampai radio itu kira-kira jam 2:56 petang tadi.
Lalu, netizen turut berasa kurang senang terhadap tindakan yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab itu dan meninggalkan pelbagai komen.
Dj Lin sebelum ini pernah mendapat panggilan misteri dari nombor yang berbeza ketika meraikan ulang tahun kelahirannya pada 31 Disember lalu.
Foto : Instagram DJ Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Salma Asis mendedahkan wajah penuh anak keempat yang diberi nama Ifra Miqaila yang dilahirkan pada 1 Disember lalu dengan berat 3.46 kilogram.
Selesai menjalani tempoh pantang selama 44 hari, isteri kepada penyanyi Azri Abdullah itu juga menyatakan rasa syukur kerana impiannya untuk bersalin secara normal dimakbulkan.
“Selesai sudah berpantang 44 hari. Perkenalkan anak perempuan saya IFRA MIQAILA lahir pada 1 Disember 2021 berat 3.46kg. Alhamdulillah Allah dengar Doa saya untuk bersalin Normal.
“Enam tahun lepas bersalin operation so doktor kata better bersalin operate, tapi saya tetap juga nak bersalin normal. Syukur Doa diperkenankan,” tulisnya.
Salma turut berkongsi foto terkini permata hatinya itu.
“Mengandung kali ni memang mencabar banyak penyakit datang. Tapi biasa la hormon tak sama dengan tak mengandung. So kita kena reda, syukur semua selamat,” tulisnya lagi.
Salma dan Azri yang juga finalis Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Demikian kata penyanyi, Tom selepas ditanya mengenai keterbukaannya berkongsi pernah mencari rezeki sebagai penyanyi di kelab malam selepas lama menyepi dari dunia hiburan tanah air.
Tom, 36, yang kini turut bersaing di dalam Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) berkata, tidak ada sebab untuk dia rasa segan apabila bercakap mengenai hal berkenaan.
“Saya okay, malah bapa dulu pun main muzik. Tiada apa yang teruk sangat pun. Kami hanya datang (menyanyi) untuk kerja, cari duit.
“Jadi saya tidak pernah nak rasa malu sebab dalam 17 tahun mencari sumber rezeki di situ. Malah kalau selepas ini (tamat GV9) pun kalau saya masih ke kelab bukan nak ‘fun’ tapi untuk tonton persembahan kawan-kawan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga menambah, rakan-rakan seangkatan turut beri sokongan selain tidak mahu dirinya terpalit dengan kisah yang kurang enak didengar.
“Kawan-kawan ada beritahu saya ‘lepas ni kau masuk GV, tak payahlah lagi kau jejak kat sini, orang luar akan pandang buruk. Walau mereka tak tahu apa kita buat.
“Kata mereka lagi, kalau nak jumpa di luar. Kalau boleh mereka tak tahu orang fikir yang bukan-bukan pada saya. Bila dengar begitu saya rasa sedih. Tapi kami tak buat apa pun, hanya berkerja. Itu sahaja.
“Anak-anak pun meski masih kecil mereka seolah faham dengan apa yang ibu mereka lakukan,” katanya lagi.
Terdahulu, Tom bakal memberikan kejutan dengan imej baru pada saingan minggu ketiga GV9, malam ini selepas lebih beberapa tahun mengenakan imej rambut ‘dreadlock’.
Tom bakal membawakan lagu Goyang Inul yang pernah dipopularkan oleh bintang dangdut Indonesia, Inul Daratista.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...