Lagu Pelukan Angkasa Juara AJL36, Ucapan Tahniah Sharnaaz Ahmad ‘Pancing’ Perhatian Netizen

Share

Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) telah menyaksikan lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah dinobotkan sebagai juara utamanya, malam tadi.

Selain mendapat perhatian daripada para peminat kerana keunikan menerusi lagu ciptaan Raja Nazrin Shah manakala lirik dihasilkan Fazleena Hishammuddin itu, para selebriti tanah air juga dilihat turut memberikan pujian.

Yang mencuri tumpuan ramai adalah perkongsian daripada pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi Twitter miliknya.

“SOG AND SHILA (pelukan angkasa) kalau tak menang, baik bubar je AJL #AJL36,” ciapnya, pada Ahad.

Lalu sejurus lagu tersebut diangkat sebagai pemenang, Sharnaaz pantas menitipkan ucapan tahniah atas kemenangan.

“Done, tak perlu bubar #AJL36 Tahniah Sha and SOG,” ciapnya lagi.

Lantas, ciapan berbaur humor daripada pelakon berusia 36 tahun itu pantas menjadi perhatian wargamaya dan masing-masing memberikan reaksi.

Malah ada juga yang mengusik Sharnaaz menerusi ciapan yang dimuat naiknya.

“Padu mamu… Adakah cinta betaut kembali..,” tulis peminat.

“Sweet,” tulis ringkas lagi seorang peminat.

“Terbaikkk la mamu supporttt,” puji warganet.

Pelukan Angkasa berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi bersalut emas.

AJL36 dipancarkan dari di Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur dan bersiaran langsung di TV3, pada Ahad.

Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

Published by
Nazar Rafiqhi