Sejurus pengumuman yang dibuat oleh SM Entertainment yang bakal memperkenalkan grup wanita baharu yang dikenali sebagai AESPA, rata-rata peminat K-pop di seluruh dunia rasa teruja seterusnya tak sabar menantikan genre muzik dan identiti kumpulan yang dimaksudkan.
AESPA yang dianggotai Karina, Giselle, Winter dan Ningning kini muncul dengan video muzik pertama mereka menerusi single berjudul Black Mamba yang sekaligus pantas mencatatkan rekod apabila menjadi video debut pertama yang mencatatkan 10 juta tontonan dalam masa 9 jam saja selepas dilancarkan.
Sehingga artikel ini ditulis, Black Mamba telah merekodkan lebih 21 juta tontonan kurang daripada 24 jam ia dimuat naik ke YouTube dan sudah menjadi trending.
Ads
Kejayaan yang diraih AESPA dijangka bakal memberikan saingan sengit kepada girl group K-pop popular lain termasuklah Blackpink (YG Entertainment) dan TWICE (JYP Entertainment).
Ads
Sementara menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji Black Mamba dan menyifatkan Aespa sebagai kumpulan baru terbaik ketika ini.
Ads
Ikuti muzik video Black Mamba di sini;
https://youtu.be/ZeerrnuLi5E
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari teruja apabila terbabit sama menjayakan program Ramadan Madani: Titipan Kasih anjuran Buletin FM dan Usanita Sdn Bhd di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada acara itu, Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, mengagihkan lebih 1,200 bakul makanan dan juadah berbuka puasa kepada golongan miskin bandar dan penduduk sekitar.
Kata Awal, peluang menjayakan program kebajikan pada Ramadan sebagai sesuatu yang berharga
“Alhamdulillah saya mencuba. Mungkin sebelum ini peluang untuk terlibat dalam projek kebajikan itu agak terbatas dengan komitmen kerja dan sebagainya.
“Jadi bila Ramadan tiba alhamdulillah kesempatan itu ada kerana inilah peluang yang direbut dan yang terbaik baik untuk kita tambahkan amal dan pahala. Kerja juga tak banyak ketika ini.
“Jadi saya melihat inilah masa yang betul untuk kita berikan tumpuan pada hal melibatkan kebajikan. Bukan nak kata bulan lain tak ada, tapi kita lihat lebih banyak pihak yang ambil kebaikan di bulan Ramadan untuk melakukan kebaikan, insyaAllah,” katanya.
Sementara itu, barangan keperluan dan makanan yang diagihkan adalah hasil sumbangan Buletin FM dengan kerjasama Usanita Sdn Bhd dan Parlimen Titiwangsa.
Bapa kepada dua cahaya mata yang juga suami kepada selebriti Scha Alyahya ini akui acara berkenaan sangat dekat di hatinya.
“Ia dekat dengan saya yang memang berasal dari Kampung Baru. Sebab itulah bila pihak Usanita jemput kita untuk sama-sama terlibat dalam projek agihan ini, saya terus terima.
“Apatah lagi ini satu inisiatif yang bagus untuk kami selebriti untuk sama-sama turun padang untuk berkongsi rezeki. Tak semestinya dengan wang ringgit, tetapi juga mengeluarkan tenaga bagi meringankan proses agihan ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Awal turut dilantik sebagai rakan strategik Usanita Sdn Bhd yang berfungsi menaikkan lagi taraf kehidupan golongan B40 dan M40.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Hasan, pula menjelaskan, sejumlah 220 bakul makanan merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, bihun, susu, garam dan gula disumbangkan syarikat dan Parlimen Titiwangsa kepada golongan miskin bandar.
Selain itu, Adzliana berkata, sebanyak 1,000 pek makanan berbuka puasa diagihkan kepada penduduk di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru.
“Kita pilih Kampung Baru kerana fokus kita untuk membantu golongan miskin bandar dan asnaf sempena Ramadan yang dianjurkan setiap tahun.
“Selain program hari ini (kelmarin), kita akan memperluaskan sumbangan kepada golongan mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, pada Sabtu.
“Semoga program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dapat meringankan beban ditanggung golongan memerlukan dan kita dapat berkongsi rezeki,” katanya.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Program sumbangan yang bermula selepas solat Asar dimeriahkan dengan kehadiran selebriti Zoey Rahman, termasuk penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir dan Marsila Hassan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin ada berkongsi cerita mengenai pengalaman dirinya setelah hampir 5 tahun bergelar ibu tunggal.
Eksklusif menerusi program YouTube Media Hiburan, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin berkata bukan satu perkara mudah untuk menempuhi ujian kehilangan suami serta anak untuk selamanya.
“Bukan mudah sebenarnya walaupun nampak saya ketawa, senyum. Jadi bila dia tak ada tu, saya rasa macam hidup ini dah tiada harapan.
“Bila setiap kali orang cakap sabarlah, kadang-kadang sampai rasa nak cakap boleh diam tak?Sebab kita selalu dengar perkataan tu tapi orang tak faham.
“Anda tak akan faham sampai anda lalui benda itu sendiri. Saya pun tak faham sebab saya tak pernah laluinya sebelum ini.
“Tapi bila saya sudah hadapi, saya belajar macam mana untuk menerima itu semua. Saya juga belajar satu benda iaitu apa benda yang kita ada, suami kita, kita sayang suami kita kan. Siapa yang tak suami? Siapa yang tak sayang isteri?
“Tapi kita kena faham bahawasanya hakikat hidup kita apa yang kita miliki semuanya pinjaman. Allah akan menguji dengan apa yang kita sayang,” katanya.
Imbas kembali, Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Arwah Johan telah menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017 akibat serangan sakit jantung.
Selepas itu, anak keduanya Muhammad Syakir Alif meninggal dunia pada 14 Disember 2019 ketika usia 20 tahun.
Mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Nora? Ikuti video penuhnya di sini ;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!