Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil meriah apabila penyanyi Hael Husaini dan Nadeera Zaini menyampaikan lagu raya mereka, Meriah Lain Macam di hadapan lebih 55,000 (55,552) penonton yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC, malam tadi.

Hael terlebih dahulu menghiburkan penonton dengan beberapa lagu popular sebelum menjemput Nadeera ke pentas, menambah kehangatan malam bersejarah itu, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan rakyat Malaysia masih berada dalam ‘mood’ raya.

Ramai Puji! 

Malah, persembahan mereka turut menerima pujian ramai, apabila sedutan berkenaan dimuat naik menerusi Instagram Media Hiburan. Antaranya;

“Meremang bila sebut ‘saiyang’ vibes Dato Siti tu, sedap betul…”

“Setiap hari live lagu ni kan, meriah lain macam terus mendunia sama macam recording power.”

Ads

“Lagu diorang ni memang tapau habis event.”

“Macam biasa suara Nadeera sedap. Hael macam biasa lah dari dulu memang sedap.”

 “Sayang vibes Dato Siti melekat.”

Lagu Raya Hael & Nadeera Bergema ‘Live’ Di Depan 55,552 Penonton Stadium Bukit Jalil – “Lagu Diorang Ni Memang Tapau Habis Event.” Lagu Raya Hael & Nadeera Bergema ‘Live’ Di Depan 55,552 Penonton Stadium Bukit Jalil – “Lagu Diorang Ni Memang Tapau Habis Event.” Lagu Raya Hael & Nadeera Bergema ‘Live’ Di Depan 55,552 Penonton Stadium Bukit Jalil – “Lagu Diorang Ni Memang Tapau Habis Event.”

Ads

Selain Hael dan Nadeera, saingan malam penentuan itu juga dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Datuk M. Nasir dan Ella.

Penonton turut dikejutkan dengan kehadiran adiwira ikonik tempatan, Kluang Man dan diteruskan dengan persembahan istimewa Krisya.

JDT Terus Unggul

Sementara itu di dalam aksi di padang, JDT berjaya menewaskan Sri Pahang FC dengan keputusan 2-1 untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

Ads

Penyerang skuad Harimau Selatan, Bergson Da Silva dan pemain bintang sensasinya Arif Aiman Mohd Hanapi masing-masing meledak jaringan di babak kedua perlawanan.

Ia sekali gus menafikan gol pertama Sri Pahang yang dilakukan T. Saravanan pada awal separuh masa pertama.

Untuk rekod, JDT sukses melengkapkan kejayaan ‘triple treble’, yang merujuk kepada kejayaan mereka memenangi tiga kejuaraan utama Liga Malaysia iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, dalam satu musim.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI