Lagu Raya Jadi Trending, Aliff Syukri Cabar Netizen Undi, Bakal Botak Malam Ni!

Share

Nampaknya usaha usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menyerikan Aidilfitri dengan Jom Raya membuahkan hasil. Kini trending nombor satu di Youtube, video yang dimuat naik tidak sampai 18 jam telah menerima lebih 500,000 tontonan.

Apa yang mengejutkan, pengusaha kosmetik ini meminta pendapat netizen sama ada dia patut membotakkan kepala. Sekiranya ramai yang bersetuju, malam ini Aliff akan muncul dengan imej baharu.

“Patut ke saya botakkan rambut?? kalau ramai yg komen botak di ruangan komen di bawah saya akan botakkan rambut nalam ni.

“Sbb lagu ini tranding no1 mengalah lagu yg lain.. tak sampai 18jam dan jumlah tontonan lebih 500ribu❤❤.. sy terkejut.. anda dah tengok kee belum?? gi tengok di youtube jomraya sekrg. harap korang request lagu ni di redio…dan sila komen di bawah knp lagu #jomraya korang suka??👇🏻👇🏻

“om buat perodi,dance ,tiktok lagu #jomraya dri sy @zizi_kirana dan penampilan khas @bellaastillah 😍😍😍 5org yg bertuah yg tag akan memenangi wang duit raya dari saya…… pemenag saya akan PM dan sy akan posting di ig sy ..okey esok jam 6ptg nak tau pemenag.”

Menerusi ruang komen, rata-rata bersetuju, lebih-lebih lagi dia telah bernazar untuk membotakkan kepala sekiranya lagu Jom Raya trending nombor satu.

Nampaknya, Aliff bakal beraya dengan imej baharu tahun ini.

Foto : Instagram Aliff Syukri

Published by
Noraini Abd Wahab