
Satu perkongsian video pengguna TikTok malam tadi mencuri perhatian wargamaya apabila para penyokong bola sepak yang hadir di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, menyanyikan lagu Selamat Pegantin baru buat pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid.
Menerusi video yang dikongsi pemilik akaun @Ahboysalo, Safawi yang pada ketika itu berada di tepi padang dilihat memberikan penghormatan dan melambaikan tangan buat para penyokong.
Video pendek itu memaparkan para penyokong yang memenuhi stadium ‘menghadiahkan’ lagu yang dipopularkan oleh Wann itu buat Safawi.
Situasi tersebut dipercayai dirakam sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan reaksi pelbagai yang mana rata-ratanya mengusik selain mendoakan yang baik-baik buat pemain yang menyarung jersi pasukan JDT nombor 11 itu.
“Kad dah siap dah pun. Selamat pengantin baru in advance Pawi.”
“Saya yang kahwin dengan sepupu dia pun tak tahu dia nak kahwin.”
“Ceyy dah nak kahwin.”
“Dulu nyanyi lagu Pengantin Baru untuk TMJ ramai-ramai di Stadium Larkin. Hehehe…”
“Dah nak kahwin ke dia.”
“Lahh crush saya dah nak kahwin ke.”
Sebelum ini, kisah hubungan akrab Safawi dan Syifa Melvin yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin menjadi buah ramai.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak yang menjelaskan mengenai hubungan sebenar yang terjalin di antara mereka berdua.
Dalam pada itu, menerusi perlawanan malam tadi, JDT selaku tuan rumah berjaya menumpaskan Sabah FC 4-1, sekali gus melayakkan mereka ke pentas akhir Piala Malaysia 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ujian Haji Tak Sama Dengan Umrah,” – Haji Perlu Kesabaran Tinggi, Buat Solat Taubat Pesan Bonda Rozita

Selesai sudah mengerjakan ibadah wajib haji, Rozita Ibrahim menerusi entri terbaru memaklumkan akan berada di Madinah sehingga 25 Ogos sebelum pulang ke Malaysia.
Ulasnya, ujian haji tidak sama seperti ujian sewaktu menunaikan umrah. Malah, kesabaran sangat dituntut, jika tidak, sia-sia sahaja ibadah yang dikerjakan.
“Selesai sudah grup kami menyelesaikan yg wajib ibadah haji, kamu menuju ke Madinah duduk sana sampai 25hb kalau x salah sy lah
“Sebyk2 salawat dan salam atas junjungan besar yg dinantikan ziarah makam insan mulia nabi Muhammad SAW Yg sangat kasihi
“5 jam perjalanan..Ujian haji xsama dgn umrah ..kesabaran kena tinggi kalau x rugi je buat haji. Semua akan Allah uji kalau x siap mental sebelum haji pakai redah je ..haa tunggu lahh
“Sebelum dtg kena doa byk sekali apa hajat kita ditanah suci wajib dgn solat taubat ..Supaya x diuji benda berat,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini turut berkongsi pengalaman dan menyarankan agar menunaikan haji sewaktu masih muda.
“Orang dtg haji rezeki dn ujian x sama..Macam sy dn beberapa kwn lain habis duit beli kat makan ,taxi dan dam ..!! Sy haji kiran lama dlm ihram so dam byk juga sy kena..
“Buat ibadah haji bkn mcm kita pegi melancong.. dn sama sekali x sama dgn umrah.. seakn2 nampak sama sbb ada tawaf dn saie
“Ni ke2 kali sy buat haji rasa mmg sgt beza haji musim sejuk dgn panas..Haji ni lama waktunya.. ada melontar dn miqad di arafah adalah benda yg sgt2 berbeza
“Nasihat bonda kalau ada rezeki bagi org muda, pasang niat pergi haji elok lah dtg di usia muda kerana banyak tenaga..dn lasak
“Bagi siapa nk dtg bersiap sedia lah dgn ubat2an awal daripada malaysia ia lebih murah, blh menjimatkan kos pebelanjaan di mekkah nanti.. (pada musim haji semuanya serba mahal..ubat batuk saja rm180 xsama dgn msia dn x berkesan pun ..rugi je beli..!!
“Beli pun dekat farmasi ubat, mereka x akan berikan antibiotik.. semuanya perlukan description daripada doktor.. sbb itu ubat batuk kat malaysia, ubat sesema dn antibiotik kalau blh dapatkan di klinik malaysia betterlah standby awal
“Semalam grup kami dr mekkah bertolak naik bus dn dropkan bebrpa org termasuk sy kpd station GMC utk kenderaan yg lebih laju dn luas ..tunggu apapun sgt llama sbb jemaah byk keluar .
“Kami memilih naik JMC.. perjalanan blh dipendekkan sekitar 3 jam setengah.. kalau nakk bus sekitar 5 jam..
“Alhamdulillah dh selamat sampai dkt madinah.. kami kat Madinah sekitar 5-6 hari,” kongsinya lagi.
View this post on InstagramA post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Terdahulu, Bonda Rozita mengerjakan ibadah Rukun Islam kelima bersama suami dan menantu, Datin Seri Shahida yang kini sedang anak kelima.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lazimnya Orang Yang Baru Kahwin, Dapat Cerita Yang Indah, Tiba-Tiba Bila Giliran Saya…,” – Miera Leyana Akui Terasa, Ulas Isu Poligami

Meminta ramai agar mendoakan yang terbaik dalam mahligai cinta yang dibina bersama suami, Rosland Othman, pelakon Miera Leyana mengambil pendirian untuk membiarkan sahaja spekulasi netizen mengenai status sebenar dirinya yang didakwa sebagai isteri kedua kepada ahli perniagaan.
Bintang filem Pecah itu juga pada masa sama turut menafikan beberapa isu terpalit, melibatkan spekulasi yang tidak betul melibatkan status perkahwinannya itu.
“Apa yang boleh saya cakap, kami pun sudah selama bernikah dan kami minta ramai agar mendoakan yang baik-baik.
“Kalau nak dikatakan stres, memang tertekan juga sebab tidak sampai 24 jam saya berkahwin, ada yang sudah buat spekulasi yang macam-macam. Malah apa yang diperkatakan itu tidaklah semuanya betul.
“Bayangkan baru sahaja berkahwin dan bila baca di sosial media, ada yang membuat telahan pelbagai. Sudah tentu saya terasa,” jelasnya kepada MH.
Miera juga tidak pasti mengapa hal tersebut diperkatakan netizen.
“Lazimnya bila orang yang baru sahaja berkahwin, dapat cerita yang indah-indah, tiba-tiba bila giliran saya yang kena kecam, terfikir apa yang aku dah buat salah kali ni? Apa yang berlaku itu membuatkan saya rasa agak terkejutlah.
“Ada juga yang cakap saya dan Rosland berkahwin atas dasar keluarga dan perniagaan… Ia sangat-sangat tidak betul sebab itu sudah macam cerita dalam drama. Misalnya saya berkahwin ni sebab bapa yang suruh.
“Ada juga yang kata Rosland anak tujuh, anak sepuluhlah, ini semua tidak betul. Ramai yang buat spekulasi dan saya tidak mahu panjang-panjangkan cerita. Sebab itulah saya pilih untuk tidak mengiya atau menidakkan.
“Kami saya juga seperti pasangan lain yang berkahwin, cuma saya tidak tahu mengapa perkara tersebut mulai ditimbulkan. Mungkin kerana perbezaan umur di antara kami yang mungkin mencetuskan persoalan.
“Sebagai selebriti, normal jika orang akan sentiasa menilai tidak kira apa pun perkara. Saya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti ini, cuma terkejut soal perkahwinan saya diperkatakan sampai sedemikian rupa,” jelas Miera jujur.
Sementara itu, pemilik nama lengkap Miera Leyana Datuk Seri Kasmi ini juga turut rasa hairan dengan tanggapan sesetengah pihak terhadap poligami, sedangkan ia bukanlah perkara yang salah.
View this post on InstagramDress by @rizmanruzaini Make up by @alhaalfa Hair by @juuu.ko
A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana) on
“Saya tidak faham, bila bercakap mengenai poligami, ada yang rasanya ia ‘tidak okay’. Saya tak kisah sekiranya ada pihak nak mengatakan saya isteri kedua atau ketiga.
“Contohnya kalau pun betul, saya tidak rasa telah lakukan sesuatu yang salah. Kami tetap anjurkan majlis perkahwinan dan menjemput ahli keluarga dan rakan media untuk meraikan. Tidak ada benda untuk disembunyikan pun.
“Bagi saya, saya tidak tidak faham mengapa isu tersebut disifatkan sebagai sangat besar. Kalau nak dikata isteri pertama baik, yang kedua jahat atau sebaliknya, perkara itu mungkin dalam drama TV.
“Tak ada apa pun yang nak disorokkan. Kalau saya salah, lebih baik saya nikah di Thailand senyap-senyap dan buat apa keluarga saya berhabis duit adakan majlis kahwin,” katanya lagi.
Miera dan Rosland berkenalan sejak empat tahun lalu dan telah selamat bernikah pada 26 Julai lalu di St. Regis, Kuala Lumpur.
Sementara itu, majlis resepsi mempelai diraikan secara meriah di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Sabtu.
Malam yang penuh bermakna itu juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Liza Hanim, Lan & The Typewritter, Hazama, Lah Ahmad dan Noryn Aziz.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kekuatan Sesebuah Drama Bukan Pada Individu,” – ‘Perempuan Itu’ Ditayangkan Juga Februari Ini, Erma Fatima Serah Pada Zul Ariffin Soal Promosi

Selepas hampir setahun diperam berikutan kontroversi adegan ‘panas’, drama bersiri, Perempuan Itu, bakal menemui penonton bermula bulan hadapan.
Menurut penerbitnya, Erma Fatima, drama lakonan Zul Ariffin dan Mimi Lana itu akan ditayangkan di platform penstriman Tonton sebelum disiarkan TV3.
“Insya-Allah, Februari nanti drama bersiri Perempuan Itu akan ditayangkan di Tonton dahulu disusuli TV3.
“Setakat ini, drama itu tidak ada masalah untuk ditayangkan. Cuma babak yang pernah mencetuskan kontroversi itu sudah disunting,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Erma turut mendedahkan dirinya sudah bersedia untuk menerima apa sahaja respon daripada masyarakat berhubung drama 30 episod itu.
“Saya tidak mampu menutup mulut orang. Selama hidup saya bergelar pelakon dan pengarah, saya sudah lalui semuanya. Sama ada karya saya dihina atau dipuja.
“Apabila drama ini ditayangkan nanti, hanya akan ada dua perkara yang bakal berlaku. Pertama, jika mereka suka, pasti pujian akan diberi.
“Tetapi, jika mereka tidak suka, pasti saya akan terima kecaman yang ‘berbakul-bakul’. Tidak mengapa, saya boleh terima apa sahaja maklum balas yang diberi.
“Saya hanya buat yang terbaik mengikut misi dan matlamat yang saya mahu sampaikan melalui drama tersebut,” kongsinya lagi.
Kakak kepada pelakon Umie Aida itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran Mak Cun Mart di Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada Jumaat.
Ditanya adakah Zul akan turut terlibat untuk proses mempromosikan drama ini, Erma memberitahu, segalanya terpulang kepada pelakon itu sendiri
“Kekuatan sesebuah drama tidak bergantung kepada seorang individu sahaja tetapi ia melibatkan seluruh team drama tersebut. Kalau sudah ditakdirkan, drama tersebut akan tetap berjaya.
“Andainya Zul tidak mahu mempromosikan atau menolak untuk berkerjasama didalam drama ini, dia juga ada hak sebagai seorang pelakon untuk melakukan perkara tersebut.
“Namun, kalau dia rasa itu tanggungjawab dia sebagai seorang pelakon yang berlakon di dalam karya ini dan juga seperti apa yang telah tertulis di dalam kontrak, saya terbuka menerimanya.
“Selalunya pihak stesen tv akan yang meminta para pelakon untuk mempromosikan sesebuah drama. Bila dah terjadi kontroversi seperi ini, saya melepaskan segala keputusan kepada dia sama ada mahu melakukannya atau tidak,” akhirinya.
Terdahulu, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 18 Mac, Zul memuat naik babak ghairah dalam drama Perempuan Itu di laman Instagram (IG) miliknya.
Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI