Perkongsian terkini pengasas kosmetik, Datuk zzeri Aliff Syukri berkenaan dengan lagu Raya barunya di Instagram mendapat perhatian warganet.
Menurut Aliff, lagu berkenaan yang diberi judul Kelepuk Raya itu akan dilancarkan dalam beberapa hari lagi dan dia berkongsi sedutan lagu berkenaan buat tatapan ramai.
“Siapa suka lagu raya “Kelepuk Raya”? Ni part coros (chorud) tau. Akan dikeluarkan lagi lima hari,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi pelbagai, termasuk Wak Doyok yang memberikan reaksi humornya.
“Lagu sendiri nyanyi pun ‘tempuh’ lari Tok,” tulis Wak lalu dibalas ‘awak janganlah pecahkan rahsia saya’ oleh Aliff.
Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun mendapaf lebih 18,000 tanda suka daripada pengguna Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/oaroBHHqN-A
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bangga Dengan Anda,” – Shania Twain Ucap Tahniah Kepada Taylor Swift Kerana Berjaya Pecah Rekod Yang Dipegangnya
Bintang senior dalam dunia muzik antarabangsa, Shania Twain membuktikan yang setiap individu harus meraikan kejayaan orang lain biarpun itu bermakna anda bukan lagi pemegang satu-satu gelaran.
Penyanyi popular berusia 56 tahun ini mengucapkan tahniah kepada Taylor Swift yang berjaya memecahkan rekod yang dipegangnya selama ini.
Ucapannya itu adalah ekoran dari kejayaan penyanyi berusia 32 tahun itu mememecah rekod miliknya sebagai penyanyi wanita dengan lagu nombor satu paling lama dalam carta Billboard’s Top Country Album.
Menurut ciapannya di laman Twitter pada Sabtu, bintang yang popular dengan lagu You’re Still the One ini berkata, “Let’s go girl! Saya bangga dengan anda @taylorswift13. Rekod bersejarah adalah sesuatu yang perlu dibuat dan kemudiannya dipecahkan. Baton seharusnya diserahkan kepada generasi muda.”
Let’s Go Girls!!!! Proud of you @taylorswift13. Historical records are meant to be made and then broken. The baton is meant to be passed on to new generations. Unstoppable young female country artists are 🔥 inspite of the hurdles ✊ #trailblazers https://t.co/SZORYzSay6
— Shania Twain 💎 (@ShaniaTwain) January 6, 2022
Sebelum ini Shania berada selama 97 minggu dalam carta tempat pertama dan kemudiaannya dipecahkan oleh Taylor yang kini memgang rekod selama 99 minggu.
Shania memulakan kariernya sebagai penyanyi pada tahun 1993 manakala Taylor pula memulakan kerjayanya pada tahun 2006. Album pertama mereka masing-masing dinamakan sempana nama sendiri.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
BACA JUGA: Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Bagi Tahun 2021
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Sesekali Terfikir Atau Terdetik Di Hati Yang Susu…,” – Sari Yanti Kongsi Pengalaman Menyusukan Anak
Pelakon, Sari Yanti yang kini bahagia membesarkan anak bongsunya, Dariya Inara yang dilahirkan pada 25 April tahun lalu mengakui, dia lebih selesa untuk menyusu badan.
Meski ia bukanlah pengalaman pertama dalam menyusukan anak, Sari Yanti seperti yang dipetik menerusi Mingguan Wanita bagaimanapun memberitahu, tugas menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi, ia demi memastikan anak kekal sihat.
“Tidak dinafikan terdapat lambakan suplemen untuk kaum ibu tambah susu badan di luar sana. Tetapi saya memang tidak mengambil sebarang suplemen.
“Paling penting bagi ibu yang menyusukan anak seperti saya sendiri, sentiasa berfikiran positif kerana menyusukan anak bukan perkara yang senang,” katanya.
Ujarnya lagi, proses menyusukan anak akan kian sukar apabila anak bayi semakin membesar.
“Lebih-lebih lagi apabila bayi makin membesar, proses menyusu badan menjadi lebih susah. Jangan sesekali terfikir atau terdetik di hati yang susu tak cukup nanti kesudahannya susu memang akan kurang. Percayalah permintaan susu akan ada bila ada penawaran. Jadi jangan bimbang susu tidak cukup,”jelasnya lagi.
Terdahulu, Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepah 25 Februari 2017. Sementara menerusi perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Foto: Mingguan Wanita, Instagram Sari Yanti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nanti ‘Bahu Kita Banyak Bawa’,” – Ziana Tak Akan Putuskan Hubungan Bapa & Anak, Sudah Lama Maafkan Armin
Selebriti popular, Ziana Zain mendedahkan dia sudah lama memaafkan bekas suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 58, selepas mereka berpisah sejak lima tahun lalu.
Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 54, berkata dia juga tidak akan sesekali menjarakkan hubungan Armin bersama empat anak mereka.
“Macam inilah… saya sudah lama maafkan dia (bekas suami). Sebab saya ambil contoh ibu saya. Katanya apa yang orang pada kita sentiasalah memaafkan nak. Nanti (kalau tak memaafkan) akan terbawa-bawa lagi. Nanti ‘bahu kita banyak bawa’. Sebabnya kita pun tak tahu diri kita ni bagaimana.
“Bagi saya, kita kena jadi seorang individu yang sentiasa memaafkan. Ahli agama pun sentiasa berpesan sebelum tidur maafkanlah semua orang. Kita pun tidak sempuna. Bagi saya bila berbuat begitu, kita akan rasa lega.
“Misal contoh kita tidak ada hutang dengan orang. Jadi lebih baik untuk kita jalani kehidupan yang ada sekarang,” katanya kepada MH.
Ziana ditemui pada Majlis Iftar Rizman Ruzaini di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penyanyi lagu Puncak Kasih itu juga terbuka sekiranya bekas suami dan anak-anak berjumpa kerana baginya, Armin tetap bapa kepada mereka.
“Dengan saya, kami sudah tiada apa-apa, jadi hubungan dengan anak-anak sajalah. Setiap minggu saya selalu tanya mereka sama ada sudah telefon ayah, kerana walau apa jadi dia tetap ayah mereka.
“Mereka selalu jumpa dengan ayah mereka. Saya tidak halang. Cuba kalau orang tak bagi kita jumpa anak-anak kita, mesti kita marah. Tak baik, berdosa,” katanya lagi.
Tambah Ziana, tindakan tersebut dilakukan kerana niatnya tidak mahu anak-anak membesar sebagai anak yang derhaka pada orang tua.
“Saya tak mahu anak-anak saya derhaka pada ibu bapanya. Kita ini contoh pada mereka, jadi kita jangan tanamkan kata-kata negatif dalam fikiran anak-anak kita terhadap bapa mereka.
“Saya mahu anak-anak saya esok jadi suami dan isteri yang baik. Kalau boleh perkahwinan mereka berkekalan sampai akhir hayat.
“Jadi saya tiada hal. Saya pula yang bertanya pada mereka ada berjumpa atau tidak. Saya tak mahu regangkan hubungan anak dengan bapa. Jangan kita pisahkan kasih sayang mereka. Itu adalah anak-anak dia. Ya, saya sudah lepas. Cukup,” katanya.
Pada masa sama, Ziana juga bersyukur dengan kehidupan sekarang dan mahu terus berlapang dada.
“Saya tak nak cakap besar, saya gembira dengan situasi sekarang bersama anak-anak, ibu bapa dan adik beradik serta rakan-rakan saya. Masa akan datang, allahualam.
“Saya selalu minta pada Allah yang baik-baik untuk saya, dalam apa bentuk kita tak tahu. Sekarang saya selesa dengan diri saya. Saya lapang,” katanya lagi.
Imbas kembali, Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.
Mereka bercerai dengan talak satu pada 12 Julai 20128.
Dalam perkembangan lain, Ziana bakal membuat persembahan pada Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 6 Mei depan di samping barisan bintang legenda seni suara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI