Lagu Terakhir Dilancar Februari lalu, Bintang Indonesia Ade Firman Hakim Meninggal Dunia

Share

Pelakon Indonesia, Ade Firman Hakim dilaporkan meninggal dunia hari ini pada Isnin pada usia 32 tahun.

Menerusi laporan Kompas.com, adik kepada Allahyarham iaitu Dai Tirta memaklumkan berita tersebut dan memberitahu abangnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.20 petang.

“Iya (meninggal) diduga Covid-19. Meninggal pukul 17.20 sebelum Maghrib,” katanya seperti yang dipetik.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tegal Alur, Kalideres, Jakarta Barat.

Allahyarham memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 2008 lalu.

Selain menceburkan diri dalam bidang lakonan, arwah turut aktif dalam dunia nyanyian dan sempat melancarkan empat buah single, termasuk Perahu Biru yang dilancarkan Februari lalu.

Sumber: Kompas.com & TribunNews