Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini mengisi masa dengan meraikan ulang tahun dua permata hatinya, Aafiyah dan Afwa yang masing-masing kini genap empat dan satu tahun.
Apa yang menarik, Siti atau mesra disapa Tok Ti mendedahkan dia sengaja satukan majlis sambutan memandangkan keduanya berkongsi tarikh kelahiran yang sama, cuma tahunnya saja yang berbeza.
View this post on Instagram
“Alhamdullillah, saya gabungkan sambutan hari lahir buat permata hati saya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
“Gabungan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, cuma beza 1 bulan dan tahun saja.
“Saya adakan majlis yang sederhana namun ada pihak yang turut bermurah hati dan menjadikan majlis semalam sangat meriah,” tulisnya pada ruangan kapsyan di Instagram/
View this post on Instagram
Berkongsi foto-foto bermakna sepanjang sambutan, penyanyi lagu Cindai ini memilih tema yang dirasakan sesuai buat kanak-kanak seusia anak-anaknya.
“Anakanda Aafiyah memang suka bermain air (macam ayah dia, mungkin sbb bintang sama Pisces) .. Afwa pula ikut sajalahhh.
“Tema ibu pilih sesuai untuk anak anak semua enjoy dan syukur cuaca sangat mengizinkan.. ( puas ibu berdoa.. sekali panas terik ye..),” tulisnya lagi sambil menberikan kredit kepada semua pihak terlibat.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat turut sama meninggalkan dedikasi selamat hari jadi pada ruangan komen selain menitipkan doa yang baik-baik buat Siti sekeluarga.
View this post on Instagram
Imbas kembali, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka bahagia harmoni dengan sepasang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI