
Penyanyi yang pernah menyertai program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Gmie Screen telah memaklumkan berita sedih bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Gmie atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim berkata cucu sulung pertamanya telah meninggal dunia pada Isnin.
“Innalillahi wainna ilaihi rojiun~ Perginya cucuanda tercinta Siti Adinda Raudhah pada hari Isnin (18/11/2019) jam 8.41mlm.
“#cucusulung #lahirtakcukupbulan #anaksyurga,” tulisnya.
Di samping itu, peminat turut berasa sedih dan simpati rata-ratanya mengharapkan agar penyanyi berusia 48 tahun itu kuat.
Salam takziah diucapkan kepada Gmie sekeluarga. Al-fatihah.
Foto: Instagram Gmie Screen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bintang AF9 Eka Sharif Selamat Bersalin, Namakan Bayi Lelaki Luth Mateen – “Terima Kasih Pada Semua Yang Mendoakan.”

Penyanyi Eka Sharif berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dirinya sudah selamat bersalin kira-kira jam 3.00 pagi, pada Sabtu.
Bintang yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti, Akademi Fantasia 9 (AF9) itu memaklumkan hal tersebut menerusi Instagram bersama paparan foto permata hatinya.
Bagaimanapun, wajah penuh bayi lelaki tersebut ditutup dengan emoji.
“Alhamdulillah… (sabtu) 17.4.2021 . pkl 3am.. eka selamat melahirkan seorang bayi lelaki Luth Mateen.
“Terima kasih pada semua yg mendoakan dan segalanya telah dipermudahkan Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Eka atau nama sebenarnya, Nur Atiqah Shariffufin, 31, mendirikan rumah tangga dengan Nazrulnazim Abdul Jabar, 33, pada 19 Julai 2020 dalam satu majlis pernikahan ringkas.
Foto: Instagram Eka Sharif
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teresak-Esak Mira Lari Bawa Hati, Tak Nak Tunang Dengan Cikgu Haikal?

Wow… nampaknya makin panas konflik hati melibatkan Mira lakonan Mimi Lana menerusi drama rantaian, Cari Aku Di Syurga yang bakal bersiaran untuk episod terbarunya jam 10.00 malam ini di TV3.
Mira yang sebelum ini masih ada rasa hati terhadap Anas (Aeril Zafriel) akhirnya terpaksa bersetuju untuk bertunang dengan cikgu Haikal lakonan Muaz Fitri atas kehendak ibunya sendiri.
Bagaimanapun pada episod terdahulu, Mira meminta ikatan tunang dianjakkan kepada suatu tarikh kerana dirinya masih belum bersedia, selain merasakan proses tersebut dilakukan secara tergesa-gesa.
Terkini menerusi Instagram, Mimi ada memuat naik satu babak episod drama itu yang merakamkan dirinya lari membawa diri dalam keadaan menangis sambil diperhatikan ibu dan bakal tunangnya itu.
Cari Aku Di Syurga yang bersiaran menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3 turut dilakonkan Janna Nick, Faria Farida dan ramai lagi.
View this post on InstagramJumpa minggu depan ek 💙 #cariakudisyurga
A post shared by MIMS (@missmimilana) on
Foto: Instagram Mimi Lana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Uji Bakat, Masa Lafaz Dialog Mereka Kata Okay Dah Confirmed…,” – Lisdawati ‘Jadi’ Nurul Izzah, Ramai Kata Seiras!

“Gemuruh… Takut… Happy.” Itu kata pertama yang diungkap pelakon, Lisdawati apabila diberi amanah mendukung watak sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerusi filem biopik, Mahathir: The Journey.
Katanya kepada MH, dia beranikan diri untuk sahut cabaran hadiri uji bakat dan gembira apabila berjaya mendapatkan watak berkenaan.
“Saya dapat tawaran tersebut bulan lalu dan awalnya, mereka panggil untuk uji bakat pencarian pelakon dan saya beranikan diri untuk hadir. Saya buatlah persediaan, pakai baju dan tudung yang sama sepertinya.
“Sebelum ini, memang sudah ada cakap-cakap malah sudah ada orang yang panggil pun saya dengan nama beliau. Okaylah… ada iras kot. Untuk itu saya ambil cabaran cuba hadiri uji bakat.
“Bila diuji bakat tu, masa lafaz dialog dan hafal skrip mereka kata okay dah confirmed dah,” seloroh Lisda.
Lis, 40, bagaimanapun turut akui belum pernah bertemu secara empat mata dengan ahli politik terbabit.
“Tapi saya tak pernah jumpa dengannya secara empat mata. Cuma bila tengok dari gambar, saya rasa dia macam saya. Pada awalnya, saya tak terfikir pun wajah kami seiras.
“Pernah saya pegang karektor sebagai nenek, saya pakai tudung lalu lipatkan tudung ada pula yang panggil saya Wan Azizah. Apa pun saya berterima kasih kepada pihak produksi atas kepercayaan,” katanya lagi.
Risau untuk jayakan watak tokoh yang masih lagi aktif dalam bidang politik, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini tidak menafikan pasti akan ada yang membandingkan.
“Bukan senang kita nak pegang watak insan yang masih lagi hidup, pasti akan ada yang membandingkan.
“Cuma alhamdulillah babak saya tidaklah banyak, hanya ada satu sahaja babak penting di mana saya perlu memujuk Tun.
“Saya ada masa kira-kira sebulan untuk kaji watak, tengok tengok caranya bercakap dan sebagainya,” jelasnya lagi.
‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta turut dibarisi pelakon Azhar Amir yang mendukung watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah) dan Dazrin (Syed Saddiq).
Sementara penyanyi hebat, Ning Baizura pula diberi kepercayaan memainkan watak sebagai Datin Paduka Marina Mahathir, Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.
Mahathir: The Journey akan diarahkan pengasas filem, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dan Chan Wai Cheong, dengan penerbit filem, pelakon dan penyanyi veteran Dr. Lawrence Poh sebagai penerbit eksekutifnya.
Yusof Kelana pula dipilih sebagai pengarah kreatif dan filem ini dibentangkan oleh Reliance Media Group berdasarkan tetapan faktual, merangkumi perjalanan 16 tahun Tun M, dari masa persaraannya selepas berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Seterusnya, negarawan itu kembali memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri sekali lagi, dari tahun 2018, pada usia 93 tahun.
View this post on InstagramA post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on
Ikuti temu bualnya secara penuh di sini;
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Sementara itu di ruangan komen rata-rata menyatakan wajah keduanya memang seiras dan pemilihan Lis sebagai Nurul Izzah merupakan satu pilihan tepat.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI