Pelakon, Izreen Azminda berkongsi khabar menggembirakan selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di Hospital Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Menurut Izreen, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana segala proses sewaktu melahirkan bayinya itu telah pun dipermudahkan.

“Syukur Alhamdulillah. Lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby. 21/9/21, 9.06AM,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Pecah itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Lahirlah Seorang Lagi Putera…,” – Tahniah! Izreen Azminda Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ Pagi Tadi “Lahirlah Seorang Lagi Putera…,” – Tahniah! Izreen Azminda Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ Pagi Tadi

Ads

Dikesempatan itu juga, Izreen turut menitipkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun mendoakan mengenai kesejahteraan bayi dan juga dirinya selama ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga bayi tersebut membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

“Alhamdulillah, tahniah mek Izreen. Selamat berpantang. Enjoy.

“Alhamdulillah, tahniah. Semoga mama dan baby diberikan oleh Allah kesihatan yang baik. Ameen.

Ads

“Alhamdulillah, syukur. Seksi bibir baby. Semoga menjadi anak yang soleh.

“Cantik tariknya. Tahniah. Selamat berpantang.

“Alhamdulillah, tengok mulut pun dah comel. Tahniah ampa,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Lahirlah Seorang Lagi Putera…,” – Tahniah! Izreen Azminda Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ Pagi Tadi “Lahirlah Seorang Lagi Putera…,” – Tahniah! Izreen Azminda Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ Pagi Tadi

Ads

Terdahulu, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza pada 2012 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2014.

“Lahirlah Seorang Lagi Putera…,” – Tahniah! Izreen Azminda Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ Pagi Tadi “Lahirlah Seorang Lagi Putera…,” – Tahniah! Izreen Azminda Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ Pagi Tadi

Hasil perkahwinan tersebut, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhamad Adrian Umar, 5.

Sumber: Instagram Izreen Azminda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI