“Lahirlah Zuriat Issey Yang Pertama,”-Isteri Selamat Bersalin, Issey Fazlisham Teruja Sambut ‘Baby Merdeka’

Share

Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya sebentar tadi.

Bayi lelaki berkenaan difahamkan telah selamat dilahirkan tepat jam 1.48 petang.

“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.

“Puteraku, Semoga menjadi anak yang soleh dan bebakti kepada keluarga, agama dan negara . Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Gegar FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Issey turut dilihat memanjatkan doa semoga anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh serta berbakti buat keluarga.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Issey dan isteri.

“Alhamdulillah, syukur. Tahniah Issey. Semoga menjadi anak yang soleh dunia akhirat.

“Tahniah, lahir 31 Ogos setiap tahun sambut birthday. Meriah Issey dan isteri.

“Assalamualaikum anak merdeka. Tahniah Issey. Alhamdulillah.

“Fuyo baby merdeka. Lain macam anak kau Issey. Congratulations guys,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bahru, Kelantan.

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup bersama arwah suami.

Malah, Issey juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2015 sebelum bercerai setahun kemudian.

Sumber: Instagram Issey Fazlisham

Published by
Aizam Manaf