Peminat Channel Youtube ‘Durian Kimchi’ pastinya tidak asing lagi dengan figura pasangan suami isteri Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae yang juga selebriti dan pempengaruh media sosial.

Terbaharu, penampilan Maryam yang begitu manis dan terlihat suci dalam busana jubah putih dan beryudung litup telah membuatkan netizen terpesona dengan kejelitaan dan keayuan gadis berketurunan Korea itu.

Maryam Seloroh Mengakui Dirinya Sememangnya Bidadari

Perkara berkenaan tular apabila Maryam memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya baru-baru ini dengan mengakui bahawa dirinya sememangnya seorang bidadari dan memaklumkan bahawa orang ramai telah membuatnya ‘kantoi’.

“Ramai orang cakap ‘Maryam nampak macam bidadari’.

Lai Illaha Illallah, sudah kantoi laa. Macam mana.” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.

Bidadari Maryam Boleh Terbang Tau!

“Laillahaillallah, Dah Kantoi La, Macam Mana?” – Maryam Younarae Dedah Ramai Samakan Dirinya Bak.. “Laillahaillallah, Dah Kantoi La, Macam Mana?” – Maryam Younarae Dedah Ramai Samakan Dirinya Bak..

Ads

Malah, lebih menghiburkan lagi dapat dilihat dalam video berkenaan sifat comel Maryam yang gigih untuk terbang persis bidadari itu telah membutkan netizen tak kering gusi melihat telatahnya yang berbahasa melayu pasar itu.

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Maryam dan tidak kurang juga yang memuji kesipanan dan keanggunan Maryam ketika mengenakan busana patuh syariah itu.

“Bidadari Rizal je 😂😂😂😂. Yang lain  semua perhati je.”

“Cantik sangat kak Maryam 🤍🤍🤍🤍🤍.”

Ads

“😍😍😍adoiii dikkkk.”

“Ahahahaha Maryam I miss you! ❤❤❤.”

“Hahahha comel terbangnya 🤣.”

“Tapi Maryam cantik pakai macam ni,” tulis wargamaya dan beberapa rakan artis.

Ads

Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.

“Laillahaillallah, Dah Kantoi La, Macam Mana?” – Maryam Younarae Dedah Ramai Samakan Dirinya Bak.. “Laillahaillallah, Dah Kantoi La, Macam Mana?” – Maryam Younarae Dedah Ramai Samakan Dirinya Bak..

Terdahulu, Maryam pernah dikritik hebat oleh netizen kerana tidak mengikuti cara pantang seperti orang Melayu.

Walaubagaimanapun, suaminya, Ryzal tampil mempertahankan Maryam dengan menegaskan bahawa Maryam hanya bertukar agama dan tidak mengubah budaya.

Selain itu, Ryzal turut menitipkan harapan agar tidak ada individu yang akan memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Maryamyunrrr

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI