Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi sekeping fotonya di Instagram yang mencuri perhatian wargamaya.
Tampil kasual sambil mendukung anak lelakinya dalam balutan anduh hitam, isteri kepada Haris Ismail atau PU Riz ini turut memaklumkan dia sudah pun selesai menjalani tempoh pantang.
View this post on Instagram
“Selesai pantang Alhamdulillah, jumpa doktor kejap,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan itu, rakan artis dan peminat turut memberikan komen terhadap perkongsian figura asal Kelantan itu.
Kebanyakannya meninggalkan emoji ‘love’ dan tidak kurang yang tumpang gembira melihat perkembangannya.
Ini antara komen yang tertera ;
“Lawa even dalam pantang.”
“Lain benar Lofa sekarang.”
“Alhamdulillah. Nanti Ummi tunjuklah wajah Bilal.”
“Simple je tengok, masyaAllah. Look so cute Neelofa.”
“Alhamdulillah, syukur.”
Sehingga kini, entri berkenaan menerima lebih 125,000 tanda suka.
Terdahulu, ibunya Datin Noor Kartini menerusi media sebelum ini memaklumkan, dia kerap menziarahi anaknya itu ketika dalam fasa pantang.
“Neelofa berpantang di hospital selama seminggu, kemudian balik rumah saya lebih kurang seminggu. Sekarang ini, dia berada di rumahnya sendiri.
“”Saya faham apabila dalam pantang, kita mahu duduk di rumah kita kerana lebih selesa. Jadi, setiap hari saya ke rumahnya. Walaupun Neelofa sudah ada pengalaman menjaga anak-anak saudara, tetapi ia tidak sama apabila alami sendiri. Masih banyak perlu belajar.
“Sebagai ibu, saya kena selalu berpesan memakai stoking tebal-tebal, duduk melunjur dan banyak lagi. Memang selalu kena ingatkan. Kita mengandung sembilan bulan dengan berpantang satu bulan, jauh bezanya. Tempoh berpantang adalah masa yang kritikal,” katanya.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan mereka selamat sambut cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI