
Pelakon, Zahirah MacWilson kini sudah sah bergelar isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza setelah hampir 8 bulan mengikat tali pertunangan.
Pasangan sama cantik dan padan ini telah melangsungkan majlis resepsi di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana.
Dalam pada itu, kek kahwin pasangan ini yang berbentuk lampu ‘chandelier’ itu turut menjadi perhatian peminat.
Selain pasangan raja sehati, rata-rata peminat juga terpegun apabila menatap keunikan kek kahwin bintang utama Curi-Curi Cinta ini.
Difahamkan, kek berkenaan dihasilkan pereka kek, Lily & Lola Cakes.
Terdahulu, pasangan sejoli ini telah mengikat tali pertunangan pasa 8 Jun tahun lalu.
Terdahulu, Zahirah sah bergelar isteri kepada Aiman dengan sekali lafaz, pada Khamis.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hati Kecil Bonda Ini Meraung,”- Bayi Termuda Maut Akibat Covid-19, Yatt Hamzah Titip Doa

Terbaru, seorang bayi berusia kurang setahun dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit Covid-19 di Amerika Syarikat.
Pelakon, Yatt Hamzah turut meluahkan rasa sedih dan hiba atas khabar berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, Yatt atau nama sebenarnya Norhayati Hamzah menitipkan kata doa agar seluruh masyarakat dilindungi daripada wabak penyakit tersebut.
“ALLAHUAKBAR hati kecil Bonda ini meraung .. Ya Allah Kau selamatkanlah anak2 kami dari COVID19..
“MAKBULKAN DOA IBU INI DAN SELURUH MANUSIA YA ALLAH..Seorang bayi di Amerika Syarikat (AS) menjadi pesakit termuda maut akibat Covid-19, dan ia kejadian yang sangat jarang akibat pandemik berkenaan.
“BAYI dari Chicago berkenaan yang berusia kurang setahun disahkan positif Covid-19.
#yattmengayat #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #bondaYHshare #sharingiscaring #bondaYattshare #COVID19 #GoAwayCovid19 #fightcovid19 #LOCKDOWN #NoCoronavirus #stopcovid19 #pkpday12
View this post on InstagramA post shared by BONDA YATT . BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on
Malah, rata-rata peminat turut meluahkan rasa sedih melihat perkongsian Yatt tersebut.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mereka Risau Terjatuh & Kena Penonton,” – Idea Bawa 200 Dron Di AJL38 Ditolak, Shiha Zikir Kecewa

Hasrat penyanyi, Shiha Zikir untuk sekali lagi menampilkan kelainan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) nampaknya tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Menurut Shiha, idea untuk membawa 200 buah dron yang diimport daripada Australia telah ditolak oleh pihak penerbit disebabkan faktor veneu yang kurang sesuai.
“Saya dan team akan sentiasa berfikir konsep yang belum pernah dibuat. Saya mahu persembahan saya ini disebut sehingga ke negara luar.
“Sebelum ini, persembahan saya mendapat perhatian warga Indonesia.
Saya tak mahu penonton hanya sekadar melihat tapi merasai sekali persembahan saya.
“Saya sebenarnya sudah menempah untuk membawa 200 dron untuk datang ke penonton dan akan keluarkan bentuk-bentuk menarik ketika persembahan.
“Namun, idea itu telah ditolak oleh penerbit. Ia tak sesuai dengan venue AJL kerana memerlukan ruang terbuka yang agak besar,” katanya kepada MH.
Jelas pemenang kategori Persembahan Terbaik AJL37 ini lagi, dia akur dengan keputusan tersebut dan tidak mahu mengambil sebarang risiko.
“Saya kecewa sebenarnya tapi harus akur. Dron tersebut memerlukan ‘mapping’ yang harus diset daripada bawah.
“Jadi, mereka risau sekiranya dron tersebut terjatuh dan terkena penonton di dalam Axiata Arena.
“Penerbit pun suka idea itu tapi disebabkan faktor keselamatan, mereka kena tolak.
“Kita pun tak nak apa-apa yang berlaku ketika persembahan. Saya reda dan cuba ubah perancangan yang lain,” katanya ketika ditemui di program Meet And Greet AJL38 pada Ahad.
Ditanya mengenai saingan terdekat di AJL38, Shiha memaklumkan fokusnya kini hanyalah untuk dirinya sendiri.
“Setiap kali AJL, saya tak pernah nak bersaing dengan sesiapa. Espektasi untuk menang itu sangat rendah sebab saya tak mahu kecewa.
“Namun, saya sanggup keluarkan bajet besar tapi kemenangan itu bukan keutamaan. Seperti tahun lepas, saya keluarkan bajet lebih RM100,000 tapi hadiah kemenangan hanya RM12,000.
“Kalau saya fikirkan kos, memang tak masuk akal tapi pihak saya sangat sukakan elemen persembahan. Ini juga cara saya hargai platform AJL.
“Inilah cara saya memberi semula. Setidaknya mereka yang mengundi lagu saya akan rasa berbaloi,” akhirinya.
Terdahulu, Shiha bakal berentap di AJL38 menerusi lagu Kalam.
AJL38 bakal berlangsung pada 3 Mac ini dan akan disiarkan secara langsung di saluran TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Pecahkan Kepada 5 Bab Meliputi Pengalaman 18 tahun,” – Penerbit Aron Koh Lancar Buku ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking

Penerbit Aron Koh tampil menerbitkan buku berjudul ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking yang menceritakan perihal pengalamannya selama 18 tahun dalam industri perfileman.
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris, buku berkenaan dilancarkan selepas Aron sukses di dalam menerbitkan beberapa buah filem antaranya Show Me Your Love, Haunted Hotel dan Zombitopia.
Mengharapkan agar perkongsiannya di dalam buku tersebut dapat memberi manfaat kepada pembikin filem muda, Aron antara lain juga mahu membantu penggiat seni memahami selok belok industri selain arah aliran industri pasca-pandemik.
“Menerusi buku ini saya pecahkan pengalaman saya kepada lima bab memandangkan pengalaman saya yang meliputi 18 tahun itu. Tentu banyak perkara yang ingin saya kongsikan.
“Saya ada kongsi pengalaman tentang keadaan semasa industri filem Malaysia, cabaran dalam industri dan jalan ke hadapan untuk industri. Saya ada menganalisis secara menyeluruh pemahaman dan pandangan saya terhadap industri, masalah yang dihadapi oleh industri dan memberi cadangan yang kontra,” katanya.
Pengasas dan penerbit eksekutif Lomo Pictures ini juga antara lain turut bercerita tentang proses pembikinan filem, bagaimana industri filem berfungsi dan elemen kejayaan sesebuah filem, sama ada filem terbitannya atau pun karya orang lain menerusi buku yang dilancarkan awal Disember lalu itu.
Malah, dia turut yakin buku ini akan memberi inspirasi dan pandangan kepada pembikin filem baharu, lepasan ijazah dan mereka yang sedang menunggu peluang serta pembikin filem luar negara tentang industri filem.
“Industri perfileman global telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu, pawagam terpaksa dihentikan operasi, penerbitan filem dihentikan, pembangunan industri berada dalam risiko.
“Bagaimanapun, wabak itu telah meningkatkan platform penstriman digital seperti Netflix, Disney dan iQiyi. Kini, selagi produk itu didigitalkan, maka akan ada lebih banyak peluang pada masa hadapan,” katanya lagi.
“Semasa PKP 3.0, saya mempunyai lebih banyak masa di rumah yang membolehkan saya menumpukan perhatian dan menghabiskan buku
“Sebab mengapa saya memilih untuk menulis buku ini sepenuhnya dalam bahasa Inggeris adalah kerana saya mahu lebih ramai orang, malah warga asing, memahami situasi filem tempatan kita.
“Matlamat terbesar saya adalah menggalakkan rakan sekerja saya dalam industri untuk tidak berputus asa walaupun selepas mengalami pandemik Covid-19, harapan sentiasa ada dan kami akan mempunyai lebih banyak peluang selepas ini,” katanya.
Terdahulu, majlis pelancaran buku berkenaan turut disusuli dengan pengenalan beberapa projek baru selain tayangan filem akan datang, iaitu Small Town Heroes, Tiga Adiwira, Indera, Gila Gusti dan Oh My Soul.
Aron turut mendedahkan bahawa buku ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking, yang telah diperakui oleh blockchain agency, merupakan karya pertama pembuat filem Malaysia yang akan diletakkan di platform dagangan NFT.
Aron juga berbesar hati menyumbangkan 300 buku kepada perpustakaan awam Selangor untuk bacaan umum.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI