Pelbagai cara yang dilakukan para ibu bagi menghiburkan anak-anak.
Namun, lain pula dengan cara pelakon, Betty Rahmad apabila tampil berbeza dengan memakai maskot T-Rex dan menghiburkan anaknya, Ardy Wira.
Perkara itu dirakam suaminya, Ardy Damis melihat gelagat Betty menceriakan anak mereka yang kini beusia 13 bulan.
“Hello mummy & daddy dinosaur,” tulisnya sambil disertakan video di IGTV miliknya.
View this post on Instagram#ardywira #13monthsold #sukasangatdinosaurhaambik
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, Betty kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghiburkan permata hati sulungnya itu.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 100,000 tontonan.
Terdahulu, Betty dan Ardy Damis berkahwin pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak, Ardy Wira yang kini berusia satu tahun.
Foto : Instagram Betty Rahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru 2 Tahun, Arif Jiwa Rakam Foto Ibu Saudaranya, Izara Aishah. Lihat Hasilnya!
WBergambar bersama keluarga dan sanak saudara pastinya menjadi satu kenangan terindah tatkala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Tidak lengkap rasanya sekiranya tidak abadikan album bersama.
Begitulah yang dialami pelakon Izara Aishah apabila anak buahnya, Arif Jiwa menjadi ‘jurugambar’ meski usianya dua tahun.
“Nephew bertuah ni sorang. Dia lah photographer Izara,” tulisnya.
View this post on InstagramNephew bertuah ni sorang ♥️ Dia lah photographer izara 😆
A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on
Anak kepada Tya Arifin dan Ashraf Jiwa itu nyata kelihatan seronok merakam gambar ibu saudaranya.
View this post on InstagramNephew bertuah ni sorang ♥️ Dia lah photographer izara 😆
A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on
Foto/Video: IG Izara Aishah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baca Surah Yasin Buat Allahyarham, Rai Aidil Fitri Bersama,” – Hampir 3 Bulan Temani BCL & Cucu Di Jakarta, Ibu Ashraf Sinclair Pulang Ke Malaysia
Khadijah Abdul Rahman sudah pun pulang ke Malaysia selepas kira-kira berada selama tiga bulan di Indonesia untuk bersama-sama menantu, Bunga Citra Lestari serta cucunya, Noah Sinclair.
Dia bagaimanapun perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sebelum kembali bertemu dengan suami serta anak cucu lainnya.
Terdahulu, anaknya pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
View this post on InstagramA post shared by Khadijah A Rahman-Sinclair (@dida_sinclair) on
“Alhamdulillah. Umi is back home in Malaysia now. In quarantine next 14 days before going home. Thank you for taking care of Umi, Bunga, for almost 3 months in your home,” tulisnya menerusi satu posting di Instgaram.
Khadijah turut berkongsi sepanjang menemani balu arwah anaknya di sana, mereka mengisi masa bersama dengan membaca surah Yassin, bersolat, berpuasa dan meraikan Syawal bersama-sama.
View this post on Instagram#Omah #Mommy #Nena #strengthoflove❤️ for Noah
A post shared by Khadijah A Rahman-Sinclair (@dida_sinclair) on
“Syukur Alhamdulillah, Im grateful to spend so much time close to you and Noah and with your family too. To spend whole month of Ramadan, readBunga Cprayed together, sahur together and spent a most beautiful Eidil Fitri together.
“There was so much love for Alm Ashraf even he was not there but his presence was felt.
Its time for Umi to spend time with Daddy, Aishah, Adam, Soraya, Aina, Yuna and Shahnaz for they have missed Umi very much too!
“But Umi is not saying ‘good-bye’… InsyaAllah I will see you and Noah, soon. Take care. We love you forever,” titipnya lagi.
Entri tersebut menerima hampir 50,000 tanda suka sejak dimuat naik. Malah di ruangan komen, kebanyakannya turut mendoakan yang baik-baik untuk arwah Ashraf seisi keluarga.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mulut Penuh Ulcer, Badan Pun Gatal,” – Anak Demam Chicken Pox Sampai Tak Boleh Makan, Isteri Shahrol Shiro Mohon Doa
Isteri kepada pelawak, Shahrol Shiro, Nor Farhana Syamimi memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan kesembuhan anak lelakinya, Iskandar Rizqi.
Menurut Farhana, Iskandar telah disahkan mengidap demam campak.
“Assalammualaikum. Tiada apa yang Anna harapkan selain doa dari kalian semua. Selitkan lah doa untuk Iskandar Rizqi dalam setiap solat kalian. Semoga Iskandar Rizqi cepat sembuh.
“Rizqi kene chicken pox tapi mulut dia penuh Ulser. Kesian Rizqi nak makan susah, badan pun gatal. Banyak sangat Ulser dalam mulut dia,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Katanya lagi, hatinya amat bimbang bila melihat keadaan anaknya yang semakin melarat sehingga menyebabkan kegatalan di seluruh badan dan ulser memenuhi mulut sehingga menyukarkannya untuk makan.
“Kita ni Ibu, luluh hati tengok Anak sakit. Lemah macam mana kita, atau penat macam mana kita, tetap kuatkan diri dan semangat untuk Anak.
“Semua ini atas izin ALLAH S.W.T. Setiap berlaku pasti ada hikmatnya. ALLAH izinkan anak sakit dalam masa yang sama ALLAH hadirkan sekeliling yang banyak membantu dan banyak bagi kata-kata semangat.
“Alhamdulillah dan terima kasih pada yang mengambil berat,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar Iskandar lekas sembuh.
Sekadar informasi, Farhana dan Shahrol mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 18 Mac 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Iskandar Rizqi pada dan Ismail Rifqi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nor Farhana Syamimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI