Lain Dulu Lain Sekarang Mereka Pernah Cetus Viral Di Media Sosial, Lihatlah Perubahan Mereka Yang Terkini!

Share

Masa berlalu dengan pantas dan cepat. Itu antara situasi yang boleh digambarkan apabila individu ini pernah mencetuskan fenomena di media sosial satu ketika dahulu.

Mereka pernah menjadi viral di media sosial apabila video yang dikongsikan mereka mempunyai unsur humor dan spontan sehingga ada gelagat mereka dibuat parodi.

Jadi, jom MH senaraikan antara individu yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu. Nombor 4 paling banyak perubahan!

1. King Koko, Gadis A Lot Of Mix!

King Koko atau nama sebenarnya Mashaira Ismail pernah mencetuskan fenomena apabila sebutannya English-nya itu dianggap annoying ketika membuat reviu produk.

Kini, Koko telah berkahwin dengan Nazrin Anas Januari tahun lalu dan dikurniakan anak lelaki, Putra Kyle Mateen yang kini berusia setahun.

2. Faiz Roslan

Remaja berusia 18 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi apabila sering memuat naik video berunsurkan LGBT. Lantas, perkara itu telah mendapat teguran dari dua orang pendakwah iaitu Dai Dazrin dan PU Amin.

Antara video yang pernah menjadi viral adalah Faiz dan rakan-rakannya membuat parodi lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali dengan memperagakan pakaian perempuan.

Bagaimanapun, sehingga kini Faiz masih melakukan perkara sama, namun kini kurang mendapat perhatian kencang seperti sebelumnya.

3. Awek Cendol

Mungkin masih segar dalam ingatan ramai apabila video ‘awek cendol’ menjadi tular satu ketika dahulu.

Nija atau nama sebenarnya Nur Anizah Tahang menjadi sebutan ramai apabila dia menginginkan semangkuk cendol kerana terlalu dahaga. Video itu dirakam oleh teman lelakinya ketika itu, Muhammad Ammar.

Bagaimanapun, hubungan mereka tidak tahan lama apabila mereka dikatakan putus. Namun, kedua-duanya masih lagi berkawan.

Malah,masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan membawa haluan masing-masing.

4. Sasha Solero, Macam Cantik Je.. Macam Comel Je…

Video yang menyaksikan gelagat maja seorang remaja dikenali sebagai Sasha Solero apabila dia memuji kecantikan matanya yang bulat, hitam dan secalit eyeliner.

Secara tidak langsung, video tersebut telah mendapat perhataian ramai dan dia ditawarkan berduet dengan pelakon Ery Putra menyanyikan lagu Macam Cantik Macam Comel.

Kini, Shasha atau nama sebenarnya Asyalliee telah bergelar usahawan tudung dan pakaian jenama sendiri iaitu Asyalliee scarves.

Dia kini mempunyai seorang anak lelaki, Haider Mikhael hasil perkahwinan dengan Tuan Eboy Arbaain pada Februari tahun lalu.

5. Puteri Awani, Gadis Couple Seminggu

Gadis berusia 15 ketika itu berikrar untuk sehidup semati dengan teman lelakinya, Huzairi. 17 tahun (ketika video itu dilakukan) yang masih mempunyai perasaan ‘bunga-bunga’ baru satu minggu bercinta.

Kedua-dua mereka kini kekal sebagai teman dan masing-masing sudah berusia 22 dan 20.

Published by
Amynur Akmal