
Keliru dengan penampilan ‘Wany Hasrita’ sewaktu menjadi penyampai berita bagi segmen Komuniti Awani, netizen ada yang ‘menyindir’ imej terkini penyanyi tersebut.
Semuanya gara-gara ada sedikit kekeliruan pada nama penyampai berita yang tertera nama ‘Wany Hasrita’.
Sedangkan, selebriti yang menjadi penyampai ialah pelakon, Sharifah Sakinah.
Malah, Sharifah Sakinah turut memberikan reaksi gurauan, menyatakan agar penyanyi lagu Terlalu Memuja itu agar tidak membuka tudung.
Sementara itu, Wany juga dilihat meminta maaf kepada Sakinah atas kesilapan nama penyampai yang tertera.
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Terhibur dengan entri Sakinah di laman Instagram itu, para peminat dilihat turut meninggalkan komen lucu.
Foto : Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
”Noh Ni Mesti Makan Duit Isteri,” – Kecewa Mentaliti Sesetengah Orang, Noh Beri Penjelasan Yang Buka Mata Ramai

Baru sahaja melancarkan single baru berjudul Debu Bercahaya, Noh Salleh tidak menafikan kekangan kewangan menyebabkan rakaman album terpaksa ditangguhkan sehingga ke hujung tahun.
Bagaimanapun, perkara tersebut mendapat reaksi berbeza apabila ada pihak yang membayangkan, wang ringgit bukan menjadi suatu masalah besar.
Ini kerana, netizen merasakan kedudukan vokalis kumpulan Hujan itu sebagai menantu kepada seorang vvip disegani pastinya tidak memberikan masalah apabila bercakap soal kewangan.
Kecewa dengan kenyataan terbabit, Noh ketika ditemui media pada majlis pelancaran di Red Box The Garden, baru-baru ini memberikan penjelasan.
“Ini realiti, orang ingat artis ni kaya. Boleh je nak kaut semua tapi saya tak mahu muzik ni jadi kerjaya yang saya terlalu bergantung kepadanya.
“Biar ada ruang untuk bernafas dan bermuzik.
“Mentaliti orang luar kebanyakannya begitu. Kahwin dengan orang kaya saja akan jadi kaya. Noh ni mesti makan duit isteri. Saya bukan macam itu.
“Masa kenal Nina bapa saya telah berpesan, katanya know your place, kau datang bila diseru tak payah berlagak, kau tu orang kampung”.
“Memang sakit hati dan sedih bila orang ingat saya makan duit isteri. Kadang kala orang yang bersuara ni adalah orang di kiri kanan yang memang saya tak jangka. Penat juga dengar hal sedemikian,” katanya kepada MH.
Jelasnya lagi, walaupun sederhana namun kehidupannya sudah cukup sempurna.
Muzik adalah ruang untuknya mencari rezeki selain punya ruang untuk melakukan kebajikan.
“Saya nak cari duit untuk buat kebajikan dan sebarkan kesedaran. Manfaat populariti yang Allah beri saya gunakan untuk perkara begini.
“Kehidupan saya sudah cukup. Saya pernah persoalkan apa matlamat hidup dan pengalaman ke Syria dan melihat keadaan di sana buatkan saya bersyukur.
“Saya sudah cukup…boleh bernafas, makan mamak dan sebagainya. Alhamdulillah saya tak diberi nafsu untuk ‘i want more’,” katanya jujur.
Dalam perkembangan lain, single Debu Bercahaya sudah boleh didapati di semua pelantar digital muzik.
View this post on InstagramA post shared by NOH SALLEH (@officialnohsalleh) on
View this post on InstagramAlhamdulilah, it’s good to be home ❤️
A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Umur Sekarang Ni, Kalau Terlalu Kongsi, Takut Kena Baling Selipar,” – Sedang Kenali Seseorang, Sharnaaz Ahmad Jaga Privasi

Pelakon, Sharnaaz Ahmad akui dirinya kini sedang didalam fasa mengenali hati budi seorang wanita.
Bagaimanapun, Sharnaaz memaklumkan dirinya mahu belajar daripada pengalaman masa lalu dan tidak mahu terlalu terbuka mengenai soal peribadi.
“Kehidupan peribadi saya ketika ini seperti jongkang-jongkit. Saya ada berkenalan dengan gadis lain. Kalau tiada pun, masalah juga. Saya pun jadi nervous.
“Saya ada berkawan dengan seseorang tapi saya tak mahu perkara ini jadi seperti kehidupan saya terdahulu. Dulu, saya terlampau berkongsi mengenai kehidupan peribadi.
“Kalau betul-betul saya nak berkongsi mengenai kehidupan peribadi, biarlah bila perkara tersebut sudah sah nanti,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pelakon filem Polis Evo 3 ini turut mendedahkan dirinya sudah puas menjadi tumpuan pihak media sejak dek kerana kisah-kisah cintanya sebelum ini.
“Banyak lagi artis-artis muda yang para media boleh ketengahkan. Saya sudah pun merasai peluang ini dahulu menerusi kehidupan dan pasangan saya sebelum ini.
“Pada umur seperti sekarang ini, rasa malu pun ada kalau terlalu nak berkongsi mengenai hal peribadi. Takut orang baling ‘selipar jepun’ dekat saya. Lebih baik utamakan artis-artis muda,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Sharnaaz akui berdepan dilema bila setiap kali mahu memulakan perhubungan yang baharu.
“Bila kita sudah ada anak dan pernah berkeluarga, kadang-kadang, kita terlalu mencari kesempurnaan. Perkara ini susah juga. Macam penyakit bila sudah menjadi duda.
“Bila terlampau mencari kesempurnaan, kita kena tanya semula diri kita. Adakah diri kita juga sempurna? Terus terang saya katakan, saya tak sempurna dan banyak masalah.
“Saya risau, bila kahwin nanti, kekurangan tersebut bukan jatuh pada perempuan itu tetapi saya. Mungkin saya yang menyebabkan hubungan itu tidak menjadi kerana terlalu mencari kesempurnaan.
“Saya pernah berkahwin dan berhadapan dengan kesilapan. Jadi, saya mahu sempurnakan perkara tersebut. Tapi kalau kesempurnaan itu saya tak dapat, siapa yang akan terluka? Hati si dia,” akhirinya.
Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017, tetapi bercerai pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jaydan yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Mahu Anak Derhaka Pada Bapa Mereka, Ziana Zain Pesan; “Jaga Ayah Apabila Sudah Tua.”

Walaupun jodohnya tidak panjang dengan bekas suami namun penyanyi Ziana Zain tidak pernah melarang keempat-empat anaknya untuk meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka, Armin Zaharin.
Menurut penyanyi Madah Berhelah itu, dia mahukan anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka terhadap kedua ibu bapa.
“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa mereka. Saya cakap dengan anak-anak, saya nak hidup mereka ada keberkatan daripada ayah dan juga ibu.
“Saya tak nak anak-anak derhaka kepada ayah mereka dan juga saya,” kata Ziana dipetik menerusi program bual bicara Next To Neelofa musim kedua yang bersiaran di Astro Ria pada malam Sabtu.
Watch on TikTok
Dalam program itu juga, Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain, 54, dia tidak akan menghalang anak-anak untuk menunaikan tanggungjawab menjaga bapa mereka apabila sudah tua kelak.
“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah (Armin) apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah.
“Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” katanya lagi.
Untuk rekod, bekas suami Ziana didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Mei 2018 atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.
Ziana dan Armin yang juga merupakan bekas ketua pramugara MAS disahkan bercerai pada 12 Julai 2018 selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Amar, 18, serta pasangan kembar, Muhammad Airil dan Siti Nurqaseh, 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI