Pelakon, Zulin Aziz seakan memberi bayangan bahawa hubungannya bersama suami kini sudah beransur baik dan mereka bersedia untuk memperbaiki keadaan.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Zulin turut memuat naik foto cincin perkahwinan mereka sewaktu majlis akad nikah.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, perkara ini mungkin tidak akan berlaku tanpa berkat doa orang ramai.
View this post on Instagram
“Berkat doa semua. Kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ni.
Kita bagi peluang dan ruang.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zulin turut menyifatkan segala ujian ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Malah, dia juga tidak mahu lagi memanjangkan isu ini dan memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Terima kasih mendoakan kami,
ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah. Alhamdulillah .
“Ada sebab kenapa post itu berlaku.
Yang mana tahu je yang tahu
ada sebab dan hikmah disebalik itu,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga rumah tangga Zulin dan suaminya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah, semoga yang baik-baik sahaja. Hingga ke jannah. Buang yang keruh ambil yang jernih.
“Semoga rumah tangga sentiasa kekal dan dirahmati Allah.
“Saya doakan awak dan suami bersatu hingga ke akhirnya,” antara komen-komen netizen.
Namun, ada juga segelintir netizen yang menasihatkan Zulin agar tidak terlalu terbuka mengenai masalah rumah tangga
mereka sebaliknya berbincanglah secara matang.
“Lain kami relax la dulu. Jangan terus nak post. Apapun semoga terus bahagia.
“Sikit-sikit share, sikit-sikit post. Bila ada perkara tak pasti, lebih baik simpan sendiri. Just my two cents.
“Tu la, cepat sangat kongsi. Selesaikan dahulu cara elok. Baru share.
“Ada masalah rumah tangga sikit-sikit tu, tak payah la nak post dulu. Ada orang tu masalah dia lagi besar tapi tiada nak kongsikan pun. Nama pun rumah tangga, memang ada ujian. Jaga aib rumah tangga tu,” antara komen-komen netizen.
Baru-baru ini, Zulin ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram seakan memberi gambaran hubungannya bersama suami bakal berakhir.
Bagaimanapun, Zulin masih belum menjelaskan mengenai motif sebenar dia memuat naik hantaran tersebut.
Sekadar informasi, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini telah mendirikan rumah tanggal 20 Februari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI