“Lain Macam Penampilan Tu,” – Didie Alias Kongsi Foto, Ramai Syak Elfira Loy Hamil?

Share

Baru-baru ini, pelakon Didie Alias ada memuat naik sekeping foto bersama dengan rakan pelakon Elfira Loy di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan, kedua pelakon ini menjalani pengambaran rakaman rancangan khas Melodi Raya.

“Lama tak jumpa anak mumy nie @elfiraloy. Lps kawin dh beranak smp anak dh jalan br terjumpa, tetap comey je.

“Korang mesti ingat gandingan mumy dgn die,cite ape ekkk Wearing @klambikl

Makeup @kasihcicie Hairdo @missanastacia_lee #melodiraya,” tulisnya.

Link posting

Dalam pada itu, penampilan Elfira telah menjadi perhatian peminat.

Bukan itu sahaja, peminat juga membuat spekulasi bintang berusia 27 tahun itu dilihat seperti sedang hamil anak kedua.

“Elfira pregnant ke mummy. Lain macam penampilan tu,” tanya peminat di ruangan komen.

“Macam pregnant kan,” balas seorang warganet di ruangan komen.

Foto: Instagram Didie Alias

Published by
Nazar Rafiqhi