“Lain Macam Rezeki Masuk Lepas Anak-Anak Ada,” – Alhamdulillah… Ini Perkongsian Syatilla Melvin

Share

Pelakon yang juga isteri kepada aktor Shaheizy Sam, Syatilla Melvin ada menitipkan rasa syukur dan dedikasinya buat anak-anak tersayang.

Entri tersebut dikongsikan peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa itu menerusi entri terkininya di Instagram.

Katanya, anak-anak merupakan pembawa rezeki.

“Anak2 pembawa rezeki kita. lain macam rezeki masuk lepas ank2 ada..bukan dari segi duit ringgit semata2.

“Ya allah kau lindungilah ank2 aku dri sebarang kesakitan ya allah. amin ya rab!,” tulisnya.

Meski ringkas, namun posting berkenaan cukup mendalam dan turut dipersetujui  para peminatnya menerusi ruangan komen.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April lalu.

Foto: Instagram Syatilla Melvin

Published by
Rafiq Mazlan