Penyanyi baru, Layla Sania telah muncul dengan lagu single yang pertamanya dalam bahasa Mandarin yang berjudul, By Your Side.
Layla atau nama sebenarnya Layla Sania Khairuzikri memberitahu untuk memiliki lagu single dalam bahasa Mandarin merupakan satu impian bagi dirinya.
Lalu, penyanyi fasih berbahasa Mandarin ini bersyukur kerana diberikan peluang untuk merealisasikan impian.
“Saya dari tadika lagi memang sekolah Cina jadi saya memang fasih berbahasa Mandarin jadi daripada dulu lagi memang nak ada lagu Mandarin sendiri.
‘Alhamdulillah, kini ada peluang nak keluarkan lagu Mandarin jadi saya rasa bersyukur sangat,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi berusia 19 tahun ini tidak mampu untuk mengawal cakap-cakap orang jika dibandingkan dengan penyanyi Shila Amzah yang juga sinonim dengan lagu berbahasa Mandarin.
“Saya lihat Shila Amzah sebagai seorang penyanyi yang sangat berbakat, seorang yang sangat berjaya sehingga berjaya tembus pasaran di China.
Ads
“Harap sangat suatu hari nanti saya pun boleh ikut jejak Langkah Shila Amzah sehingga ke China, InsyaAllah.
“Kalau ada yang bandingkan saya dengan Shila Amzah, terus terang saya tak boleh nak kawal benda tu sebab lain orang lain pendapat.
Ads
“Saya sangat gembira dengan diri saya sendiri dan kepada keluarga serta peminat yang sentiasa sokong saya,” katanya lagi.
Imbas kembali, Layla dikenali selepas menyertai pertandingan ‘I Can See Your Voice Malaysia’ dan telah menyanyikan lagu oleh Tiger Huang yang berjudul You’re The Only One in My Heart dalam program hiburan tersebut, pada tahun lalu.
Foto: Instagram Layla Sania
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Imam Muda Asyraf berkongsi pengalaman sewaktu menimba ilmu dengan Dr Luqman Abdullah yang baru sahaja dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
Jelasnya, Dr Luqman merupakan seorang yang lembut tutur kata namun tegas dalam pendirian.
“Lembut tutur katanya, tegas pendiriannya. Itulah dia Dr Luqman Abdullah. Pensyarah kami di Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya. Saya sempat belajar Fiqh Mawarith, Fiqh Zakat dengan beliau. Selain bertalaqqi kitab Iqna’ dgn beliau (tapi sy banyak ponteng).
“Saya mengaji dengan beliau main-main waktu dulu.. tapi claim habaq kata ‘syaikhuna’ merata kampung.
“Pernah sekali waktu saya umur 16 tahun terketar-ketar diminta duduk depan ayahnya iaitu Almarhum TG Haji Lah Lubok Tapah. Sewaktu saya belajar Mahad Repek Pasir Mas. Ketika itu majlis tahlil pemergian adiknya TG Haji Ahmad (jika tak silap).
“Terasa haibah dan gerun duduk betul2 hadapan beliau. Ini kerana mendengar saja nama TG Haji Loh mmg pasti terngiang karakter beliau yang ‘bekeng’.
“Itulah penangan aura Seorang Ulama Tersohor di Kelantan.
“Apapun Tahniah Buat Sahibus Samahah Dr Luqman Bin Abdullah. Yang baru di lantik Sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baru.
“Semoga Allah memberi kemudahan dan kebaikkan,” kongsinya.
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan kelapan yang baharu menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sejak 9 Mac lepas.
Foto : Instagram Imam Muda Asyraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Finalis Hero Dewi Remaja 2023, Arabella berharap agar semua dapat memberikan ruang buat dirinya untuk menonjolkan bakat sendiri sepanjang pertandingan berjalan.
Malah, Arabella atau nama sebenarnya Arabella Ellen John Robert Nelson tidak mahu disamakan dengan pelakon yang juga alumni Dewi Remaja, Anna Jobling.
Ia susulan keduanya mempunyai persamaan kerana mempunyai darah campuran sama iaitu Melayu-Inggeris.
Jelas finalis berusia 18 tahun itu, dia lebih selesa semua pihak mengenalinya kerana menjadi diri sendiri daripada dibandingkan dengan orang lain.
“Memang ramai orang yang samakan kami. Saya tak mahu orang gelarkan saya sebagai Anna Jobling 2.0. Saya mahu dikenali sebagai Arabella.
“Saya berharap agar perkara seperti ini dapat dihentikan. Saya ada karakter, aura dan bakat tersendiri. Itu yang saya ingin tunjukkan kepada orang ramai.
“Ada kalanya saya memang ada rasa rimas sebab kerap sangat orang cakap begitu dekat saya,” katanya kepada MH.
Arabella yang juga bekas atlet gimnastik itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Bagaimanapun, dia tetap kagumi pencapaian yang telah diraih Anna setakat ini dan mahu menjadikan pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu sebagai contoh.
“Jangan salah tafsir dengan kenyataan saya. Saya juga sukakan Anna. Dia merupakan alumni Dewi Remaja dan kerjaya lakonannya pula sangat baik.
“Saya memang mahu mengikut jejak langkah Anna tapi saya masih mahu dikenali sebab diri saya sendiri dan bukan orang lain,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia bakal memanfaatkan kelebihan dan mentalitinya sebagai bekas atlet negara untuk bersaing dengan 15 finalis lain.
“Sasaran saya adalah untuk bergelar juara. Siapa sahaja yang tak nak menang? Walaupun saya merupakan peserta paling muda dan ada peserta lain yang lebih berbakat tapi saya ada kekuatan untuk bersaing.
“Saya sentiasa berikan perhatian kepada setiap seorang peserta. Sebagai bekas atlet, saya ada mentaliti yang sangat kuat. Ia bagus untuk program seperti ini.
“Semangat itu saya akan bawa sepanjang program ini berlangsung. Saya tak sabar untuk melakukan tugasan pada setiap minggu,” katanya lagi.
Sementara itu, anak jati Selangor ini juga mendedahkan dirinya sudah mempersiapkan diri dan mental untuk berhadapan dengan segala cabaran sebagai anak seni.
“Saya sudah bersedia sekiranya kehidupansaya berubah dan menjadi perhatian orang ramai. Kecaman juga merupakan perkara biasa buat mereka yang ingin menceburi bidang seni.
“Kalau saya dikecam kerana buat silap, saya sentiasa bersedia untuk memohon maaf. Sekiranya ia merupakan perkara yang tidak benar, saya akan abaikan sahaja.
“Saya tidak mahu sesuatu isu menggangu kehidupan dan membuatkan saya tertekan. Saya akan cuba atasi setiap permasalahan yang datang kepada saya,” akhirnya.
Rakaman program ini akan bersiaran selama tujuh episod setiap Jumaat bermula 10 November ini jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.
Manakala episod kemuncak minggu ke-8 pula bakal bersiaran secara langsung pada 30 Disember depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni dan hiburan tanahair, mula melakar nama sebagai juara bagi Pencarian Dewi Remaja, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Hajah Lofa kini terus relevan meski sudah tidak bergiat aktif sebagai anak seni.
Terbaharu, usahawan tersohor jenama tudung Naelofar dan Innai Nunha ini mendedahkan bahawa hampir semua impianya di dalam kehidupan telah tercapai.
Tetapi hanya ada satu hasrat lagi yang ingin dicapai oleh isteri kepada PU Riz ini, iaitu memantapkan ilmu pengajian Al-Quran dan mahu menjadi seorang tenaga pengajar yang mengajar mengaji.
Ada Satu Hasrat Dan Impian Lofa Yang Belum Dicapai?
@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ♬ original sound – Innai Nunha HQ
Menurut Neelofa, dirinya memanjatkan rasa syukur di atas segala nikmat dan semua impiannya yang dimakbulkan Allah, dan menyimpan hasrat untuk mengajar seseorang mempelajari Al-Quran selepas membaca berkenaan perkongsian satu hadis ini.
“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar.
“Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” katanya.
Tambah Neelofa, dia tidak kisah seberapa ramai pun bilangan anak murid yang sudi menjadi pelajarnya kelak, cukup sekadar untuk melunaskan sahaja impian berkenaan.
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu.
“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” Ujar Lofa.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup selama 4 tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
“It wasnt me guys, jangan risau ok.”
Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang...