“Laki Awak Tu Memang Tak Sesuai Dengan Awak,” – Kongsi Foto Selfie, Ada Yang Nak ‘Caras’ Suami Beby Tora?

Share

Berkongsi foto manja di sisi suami, Atierah Zulfatie atau sinonim disapa Beby Tora menerusi ruang kapsyen meluahkan kata-kata romantis.

‘No matter how much time I spend with you, I can never ever get enough of you. Your love is forever mine and I need you everyday.’

Bagaimanapun, segelintir netizen beranggapan ia sebagai satu ‘cabaran’ demi merebut hati sang suami, Apit Johari.

Ulas mereka, gelagat Instafamous ini yang memuat naik foto mesra bersama suami seolah-olah ‘menjemput’ wanita lain untuk cari kebahagiaan.

“Gedik sangat nak kena caras ke tuh.”

Lebih melampau, ada yang menyifatkan pasangan ini tidak sepadan dan lebih baik Apit mencari wanita lain yang lebih sesuai dengannya.

Walau bagaimanapun, komen tersebut dibidas netizen lain dan menasihatkan agar wanita ini terus positif dan tabah menghadapi tohmahan.

Sesungguhnya jodoh adalah ketentuan Allah. Siapa kita untuk menidakkan takdir. Allah telah aturkan segalanya cukup sempurna untuk kita.

Foto : Instagram Beby Tora

Published by
Noraini Abd Wahab