Baru-baru ini, artis versatil Ifa Raziah telah ditemui oleh MH ketika dia menghadiri majlis pelancaran produk kesihatan KILAFIT yang berlangsung Forest Valley Hall, Cheras, beberapa hari yang lalu.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah akui dia tidak gemar membawa wang tunai yang banyak jika mahu keluar bersiar-siar.
Tambahan lagi, suaminya juga tidak membenarkan dia melakukan perkara sedemikian.
“Sebenarnya laki saya memang tak benarkan saya untuk bawa ‘cash’ banyak-banyak kalau keluar,
“Bukan apa, suami saya risaukan saya kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya,
“Jadi saya memang tak biasa kalau keluar ni bawa duit yang banyak,
“Tak bawa banyak duit, kalau perompak nak rompak saya pun tak berbalo,” kata Ifa kepada MH sambil berseloroh.
Dalam perkembangan lain, Ifa bakal melancarkan muzik video lagu terbaru berjudul Starlela yang digandingkan bersama penyanyi Bella Astillah dan Zizi Kirana.